Anda di sini

Pope berdoa untuk keamanan Colombia, Venezuela

Advertisement
 Persembahan tarian tradisional ‘cumbia’ mengalu-alukan ketibaan                                           Pope Francis di tengah bandar raya Bogota di Colombia kelmarin. — Gambar Reuters
SELAMAT DATANG: Persembahan tarian tradisional ‘cumbia’ mengalu-alukan ketibaan Pope Francis di tengah bandar raya Bogota di Colombia kelmarin. — Gambar Reuters

BOGOTA: Pope Francis mendarat di Colombia kelmarin untuk menuntut keamanan yang berkekalan di sebuah negara yang sedang menuju ke penghujung peperangan selama setengah abad, dan berdoa untuk ke-stabilan di negara jiran yang dilanda krisis, Venezuela.

Pemimpin agama berusia 80 tahun dari Argentina itu turun dari pesawat di sebuah lapangan terbang tentera di Bogota dan disambut oleh Presiden Colombia Juan Manuel Santos serta orang ramai yang mengibar sapu tangan putih.

Kanak-kanak berpakaian serba putih dan sapu leher merah mempersembahkan tarian ‘cumbia’ Colombia manakala Francis menyapa orang ramai, termasuk orang awam dan veteran tentera yang cedera dalam konflik berkenaan.

Sambil tersenyum, beliau menaiki kenderaan Pope- mobile putih yang membawanya ke pusat bandar raya di tengah-tengah sorakan yang memekakkan dari peminat yang berbaris di sepanjang laluan ke misi kepausan, Nunciatura.

Di sana beliau menyebut doa Salam Maria dan pemberkatan kepada belia yang berhimpun, yang menjawab dengan lagu rap dan tarian ‘breakdance’.

Beliau memakai poncho bulu biri-biri putih yang mereka berikan kepadanya sebagai hadiah.

Sebelum lawatannya, Francis menuntut “keamanan yang stabil dan berkekalan” di Colombia. Semasa ketibaannya, beliau memuji orang tempatan di atas “heroisme” mereka.

Teruslah berjalan pada laluan yang anda telah mulakan dengan cukup berani, sesuatu yang dipanggil heroisme,” katanya

Jangan biarkan diri anda ditewaskan, jangan biarkan diri anda diperbodohkan. Jangan kehilangan kegembiraan. Jangan kehilangan harapan.”

Lawatan Francis menyusuli peletakan senjata oleh tentera pemberontak terbesar di Colombia, Tentera Revolusi Colombia (FARC), dan gencatan senjata oleh tentera gerila terakhir yang masih ada di negara itu, ELN.

Paus itu menyokong Santos dalam usahanya untuk me-wujudkan “keamanan sepenuhnya” bagi menamatkan perang saudara paling lama di Amerika Latin.

Namun kenyataan pertama Francis setelah memulakan lawatan itu adalah mengenai Venezuela, di mana krisis politik dan ekonomi menyebabkan kekurangan makanan, pergolakan ber- darah dan seruan agar Presiden Nicolas Maduro meletak jawatan.

Francis mengirim telegram dengan “salam mesra” kepada Maduro dan rakyat Venezuela, “dengan doa agar semua di negara itu menggalakkan jalan solidariti, keadilan dan kerukunan”.

Francine Howard, penyelaras di Colombia bagi parti pembangkang utama di Vene-zuela, Kehendak Rakyat, berkata rakan senegaranya akan menghadiri misa awam paus dengan poster yang menyebut, ‘Paus, bantulah Venezuela’.

Namun mengenai lawatan Francis, “satu perkara telah membuat rakyat Venezuela rasa tidak selesa, dan ia adalah seruan bagi dialog” dengan kerajaan Maduro, katanya.

Rundingan yang diatur oleh Vatikan antara kerajaan Venezuela dengan pembangkang pada tahun lepas gagal selepas kedua-dua pihak menuduh satu sama lain tidak berniat baik.

Lawatan Francis selama lima hari akan menyaksikannya bertemu dengan orang yang telah menderita dari pelbagai pihak dalam pepera-ngan di Colombia, konflik paling lama di Amerika Latin.

Keganasan itu sudah me-ngorbankan 260,000 orang yang disahkan mati, 60,000 tidak dapat dikesan dan tujuh juta pelarian.

Bapa Suci sekarang berada di negara Colombia. Beliau datang untuk satu tujuan yang sangat istimewa: untuk mendorong kita agar mengambil langkah pertama untuk berdamai dengan satu sama lain,” kata Santos kepada pemberita selepas beliau menyambut Francis.

Walaupun mendapat restu paus, proses damai berkenaan dicemari perpecahan.

Pengkritik perjanjian dengan FARC berkata puak pemberontak terlepas hukuman yang ringan.

Rakyat Colombia menolak perjanjian damai itu dengan tipis dalam satu referendum pada tahun lepas.

Francis kemudian cuba tetapi tidak berjaya untuk menjadi orang tengah di antara Santos dengan penentang utama perjanjian itu, ketua konservatif Alvaro Uribe.

Versi yang diubahsuai kemudian diluluskan oleh Kongres walaupun Uribe terus memberikan tentangan.

Semalam Francis berjumpa dengan Santos dan para pemimpin Katolik dari Vene-zuela.

Beliau dijadual melakukan lawatan harian dengan menaiki pesawat ke kota-kota Villavicencio, Medellin dan Cartagena. — AFP

Advertisement