Anda di sini

Perhimpunan besar-besaran rai ujian nuklear terbesar Korea Utara

Advertisement
 Pertunjukan bunga api diadakan untuk meraikan ujian nuklear terbesar Korea Utara di Pyongyang kelmarin. — Gambar KCNA/Reuters
GILANG-GEMILANG: Pertunjukan bunga api diadakan untuk meraikan ujian nuklear terbesar Korea Utara di Pyongyang kelmarin. — Gambar KCNA/Reuters

PYONGYANG: Korea Utara mengadakan sambutan besar-besaran untuk saintis yang terlibat dalam satu letupan nuklear terbesarnya setakat ini, dengan pertunjukan bunga api dan perhimpunan besar-besaran di Pyongyang.

Warga ibu kota memenuhi lebuh kelmarin untuk me-ngibarkan pom-pom merah jambu dan unggu dan bersorak apabila konvoi bas yang membawa pakar-pakar ke dalam ibu kota, dan melontar konfeti ke atas mereka apabila mereka berjalan ke dalam Dataran Kim Il-Sung.

Kami memberikan penghormatan terbesar kepada Komrad Kim Jong-Un, pe-mimpin agung yang membawa kepada kita pencapai-an terbesar dalam sejarah bangsa Korea,” satu sepanduk menyebut di plaza berkenaan, di mana puluhan ribu orang berhimpun.

Satu lagi, dengan gambar misil di atas pengangkut beroda beluncas, menyebut: “Tidak ada orang yang dapat menghalang kita dalam perjalanan kita ke masa depan.”

Letupan berkenaan mencetuskan kecaman global dan seruan oleh Amerika Syarikat (AS), Korea Selatan, Jepun dan negara lain bagi hukuman yang lebih tegas oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke atas Korea Utara.

Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) yang rasmi menggambarkannya sebagai satu “ujian H-bom ICBM yang berjaya”.

Pemidato di perhimpunan berkenaan berkata tentera Korea Utara “akan menamatkan takdir penjajah AS ala gengster menerusi sera-ngan awal yang paling tidak berbelaskasihan dan paling kuat jika mereka dan kumpulan pengkhianat akhirnya mencetuskan peperangan”, KCNA melaporkan.

Letupan pada Ahad lepas merupakan ledakan nuklear keenam oleh Korea Utara dan setakat ini yang terbesar.

Bom hidrogen, atau H-bom, merupakan senjata ter-monuklear yang jauh lebih kuat berbanding bom atom yang berasaskan pembelahan atom biasa, dan menggunakan letupan nuklear untuk men-jana suhu kuat yang diperlukan bagi pelakuran.

Kerajaan asing belum lagi mengesahkan sama ada le-tupan Ahad lepas adalah senjata termonuklear dua peringkat sepenuhnya, atau alat pembelahan atom yang canggih.

Seoul dan Washington pada awal semalam mengerahkan empat lagi pelancar di Korea Selatan bagi sistem pertahanan misil THAAD, satu sistem yang menimbulkan kemarahan Beijing.

Langkah itu sebahagian daripada langkah untuk mempertahankan Korea Selatan dari Korea Utara, kata kementerian pertahanan di Seoul. — AFP

Advertisement