Anda di sini

Lebih 3,000 sertai The Borneo Post Run 2017

Advertisement
 Para penganjur bersama-sama para peserta pada sesi memanaskan badan.
PEMANAS BADAN: Para penganjur bersama-sama para peserta pada sesi memanaskan badan.

LEBIH 3,000 peserta telah mengambil bahagian dalam larian The Borneo Post Run 2017 yang berlangsung di Dataran Bandar Sibu Fasa I di Sibu, baru-baru ini.

 Penganjuran pada edisi kali ini turut mendapat sambutan yang menggalakkan seperti sebelum ini di mana ia menarik penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk warga asing.

 Upacara pelepasan para peserta untuk semua kategori disempurnakan serentak oleh Pengurus See Hua Marketing Sdn Bhd merangkap pengerusi jawatankuasa penganjur Kueh Nguan Seng.

 Johan Kategori Lelaki Tebuka 10 Kilometer disandang oleh Mohd Feldarus Abdul Rahman manakala naib johan dimenangi Chong Yen Boon dan Ling Tai Ming di tempat ketiga.

 Tempat keempat dan kelima disandang oleh Yong Zinn Fei dan Hu Tiong Ann.

 Bagi Kategori Perempuan Terbuka 10 Kilometer, gelaran johan dimenangi oleh Tho Siaw Khim manakala Su Lian Tiing di tempat kedua dan Lee Leh Ha di tempat ketiga.

 Ling Mee Eng dan Wong Mee Hing di tempat keempat dan kelima.

 Johan Kategori Lelaki Junior 10 Kilometer disandang oleh Albert Ahad manakala naib johan dan tempat ketiga masingmasing dimenangi oleh Arnold Saging dan Andira Enting.

 Raymond Tiong dan Gerijih Unal memenangi tempat keempat dan kelima.

 Ketegori Perempuan Junior 10 Kilometer menyaksikan Monires Giling dinobatkan sebagai johan dalam kategori tersebut.

 Naib johan dan tempat ketiga masing-masing dimenangi oleh Nia Kanisius dan Jelita Ora Jali.

 Manakala Catherine Ambon dan Ezlawatie Opok di tempat keempat dan kelima.

 Bagi Kategori Fun Run 5 Kilometer, Syarirazi Shamsuddin berjaya mendapat tempat pertama manakala Adruce Harry di tempat kedua dan Sylvester Jana di tempat ketiga.

 Mohd Azrin Shamsuddin dan Lam Lin Lin masingmasing di tempat keempat dan kelima.

 Larian ini dibahagikan kepada lima kategori iaitu 10 Kilometer Lelaki dan Wanita Terbuka, 10 Kilometer Lelaki dan Perempuan Junior dan 5 Kilometer Fun Run.

 Hadiah yang ditawarkan pada Kategori 10 Kilometer Lelaki dan Wanita Terbuka ialah johan membawa pulang RM500, naib johan RM350, tempat ketiga RM300 dan tempat keempat dan kelima masing-masing menerima RM250 dan RM150.

 Pemenang hadiah sagu hati dari tempat keenam hingga ke-20 masingmasing menerima RM50.

 Kategori Junior Lelaki dan Perempuan, johan menerima RM350, naib johan RM300, tempat ketiga RM250, tempat keempat RM200 dan kelima RM150.

 Sagu hati RM30 diberikan kepada pemenang tempat keenam hingga ke-60.

 Johan bagi Kategori Fun Run menerima RM150 diikuti naib johan RM120, tempat ketiga RM100, keempat RM80 dan kelima RM60.

 Tempat keenam hingga ke-90 menerima RM20 setiap seorang sebagai sagu hati.

 Hadir sama ialah Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Yeo Hiap Seng (Malaysia) Sdn Bhd Joe Wong, Pengurus Kanan KTS Forest Management Diana Lau, Pengurus Kumpulan Syarikat KTS Michael Wong serta para pengurus dari Kumpulan Syarikat KTS yang lain.

 Utusan Borneo berkesempatan merakam beberapa detik sepanjang larian tersebut bagi dikongsikan bersama dengan para peserta yang terdiri daripada pembaca akhbar ini.

 Antara bentuk tarian yang diketengahkan pada sesi pemanas badan.
LASAK: Antara bentuk tarian yang diketengahkan pada sesi pemanas badan.
 Para peserta memberikan pose istimewa mereka kepada lensa kamera.
SOKONG: Para peserta memberikan pose istimewa mereka kepada lensa kamera.
 Para peserta dari pelbagai kategori kelihatan bersaing menuju ke garisan penamat.
SEMANGAT: Para peserta dari pelbagai kategori kelihatan bersaing menuju ke garisan penamat.
 Pemenang lima teratas dalam Kategori Lelaki Terbuka 10 Kilometer merakamkan kenangan bersama Kueh (kanan) dan Joe (kiri).
TERBAIK: Pemenang lima teratas dalam Kategori Lelaki Terbuka 10 Kilometer merakamkan kenangan bersama Kueh (kanan) dan Joe (kiri).
  • oleh
  • Advertisement