Anda di sini

Konvoi KMN 2017 bantu van terkandas lumpur

Advertisement
 Sebahagian peserta yang membantu menolak van penduduk kampung yang terkandas dalam lumpur di Kg Rangalau Lama.
NILAI MURNI: Sebahagian peserta yang membantu menolak van penduduk kampung yang terkandas dalam lumpur di Kg Rangalau Lama.

KIULU: Hujan lebat tidak menghalang pergerakan Konvoi Kembara Merdeka Negaraku (KMN) 2017, bahkan mereka sempat membantu penduduk di Kampung Rangalau Lama, 5 kilometer dari Pekan Kiulu.

Ketika kejadian, konvoi dalam perjalanan balik ke Kota Kinabalu mendapati sebuah van terkandas dalam lumpur hingga menyebabkan kesesakan lebih kurang 200 meter di laluan kampung berkenaan.

Para peserta konvoi kemudiannya bertindak pantas menolak van itu keluar dari lumpur setebal hampir dua kaki, kira-kira jam 3 petang.

Konvoi 15 kenderaan dengan 30 peserta diketuai Pegawai Penerangan Bahagian Pantai Barat Selatan Peter Tong Ah Pin terlibat menjayakan Program Bulan Kebangsaan Daerah Tuaran pada Selasa.

Program dirasmikan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Hajiji Noor itu turut dihadiri Pemimpin Pembangunan Masyarakat Tamparuli Datuk Jahid Jahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kiulu Datuk Joniston Bangkuai.

Konvoi bermula dari Dewan Sri Sulaman menuju ke Topokon, seterusnya ke Tamparuli dan berakhir di Tapak Tamu Gulu-Gulu Kiulu.

Advertisement