Anda di sini

Irma bawa malapetaka ke Caribbean

Advertisement

Menyebabkan kehancuran di pulau Barbuda dan St Martin, tujuh maut

 Pokok palma bergoyang ketika Taufan Irma membadai pulau-pulau tropika di Caribbean kelmarin. — Gambar Reuters
BERTIUP KENCANG: Pokok palma bergoyang ketika Taufan Irma membadai pulau-pulau tropika di Caribbean kelmarin. — Gambar Reuters

MARIGOT: Taufan Irma membawa kemusnahan yang membawa padah ke rantau Caribbean kelmarin, menyebabkan kehancuran di pulau-pulau tropika Barbuda dan St Martin, dan meragut sekurang-kurangnya tujuh nyawa.

Taufan Kategori Lima yang berbahaya itu  salah satu taufan paling kuat di Lautan Atlantik, bergerak di perairan pantai utara Puerto Rico pada malam kelmarin, pada laluan perlanggaran yang berpotensi dengan selatan Florida di mana kawasan berisiko dikosongkan.

Bahagian Perancis di St Martin – sebuah pusat peranginan yang asli dan terkenal kerana kehidupan malamnya yang bertenaga – paling teruk dilanda taufan itu: sekurang-kurangnya enam orang maut dan 95 peratus tempat tinggal musnah, kata pegawai.

Ia adalah satu malapetaka yang amat besar. Sebanyak 95 peratus pulau itu musnah,” kata pegawai tempatan Daniel Gibbs dalam satu temu ramah radio. “Saya terkejut. Ia menakutkan.

Pengawas Guadeloupe, Eric Maire menggambarkan situasi di St Martin sebagai “dramatik”,  dan berkata pulau itu – yang dibahagikan di antara Belanda dan Perancis – tidak ada bekalan air minuman atau tenaga elektrik, dan memberi amaran bilangan kematian hampir pasti akan meningkat.

Presiden Perancis Emmanuel Macron terdahulu memberi amaran bahawa bilangan kematian yang muktamad dijangka “sukar dan kejam”.

Di bahagian tenggara, Barbuda, sebahagian daripada negara pulau berkembar Antigua dan Barbuda, meng-alami “kemusnahan yang mutlak” dengan 95 peratus hartanah yang rosak, dan sebanyak 30 peratus musnah, menurut Perdana Menteri Gaston Browne.

Barbuda sekarang tinggal runtuhan,” kata Browne.

Seorang penduduk diketahui sudah maut di pulau dengan 1,600 penduduk itu, dipercayai seorang kanak-kanak dari sebuah keluarga yang hendak pergi ke kawasan lebih selamat.

Irma membawa ribut maksimum selaju 295 kilometer sejam (ksj) ketika ia meng-ikuti laluan unjuran yang me-nyaksikannya melanda hujung utara Republik Dominika dan Haiti semalam, terus bergerak melintasi timur Cuba sebelum ia melencong ke utara menuju ke Florida.

Setakat 0000 GMT, mata taufan terletak di utara Puerto Rico dan taufan itu bergerak ke barat-barat daya pada kelajuan 26 ksj.

Lebih separuh populasi Puerto Rico seramai tiga juta orang terputus bekalan elektrik, dan sungai melimpahi tebing di tengah dan utara pulau di mana Gabenor Ricardo Rossello meng-aktifkan Pasukan Pengawal Negara dan membuka pusat taufan yang mencukupi untuk menampung 62,000 orang.

Blanca Santiago, yang be-kerja di sebuah hotel tepi pantai di ibu kota Puerto Rico, San Juan, menggambarkan lolongan ribut yang membadai kawasan pantai: “Hantu seakan-akan ada di dalam rumah saya.”

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengisytiharkan keadaan darurat di Puerto Rico selain Virgin Islands AS dan Florida di mana beliau berkata keadaan “tidak bagus”.

Trump bercakap menerusi telefon dengan gabenor ke-tiga-tiga kawasan untuk memberi jaminan kepada mereka tentang sokongan kerajaan persekutuan.

Di Cuba, keadaan berjaga-jaga diisytiharkan di beberapa wilayah timur dan tengah, dan penduduk berisiko dinasihatkan untuk tinggal bersama saudara-mara atau pergi ke pusat perlindungan kerajaan.

Pantai utara Haiti diletakkan dalam amaran berjaga-jaga bagi taufan, walaupun di bandar Cap-Haitien, keba-nyakan penduduk seakan-akan tidak sedar mengenai taufan yang bakal melanda.

Kami sentiasa tahu mengenai perkara ini secara lisan,” kata Josue Rosse, sambil membongkok di sebelah sebatang pokok yang dia korek untuk membuat bot.

Kami tinggal di tepi laut tetapi tidak ada pihak berkuasa yang datang untuk memberitahu kami apa-apa.”

Kategori Lima merupakan yang tertinggi dalam skala bagi taufan di Lautan Atlantik dan taufan sekuat ini jarang sekali berlaku. Ia boleh menyebabkan banjir yang amat buruk, merobek bumbung, memecah tingkap dan mencabut pokok palma, menjadikannya projektil berbahaya.

Irma menyusuli Taufan Harvey yang memusnahkan kawasan yang besar di Texas dan Louisiana pada hujung Ogos lepas. Irma melanda rantau Caribbean pada waktu dua taufan tropika lain, Jose di Lautan Atlantik dan Katia di Teluk Mexico, dinaik taraf ke status taufan.

Penduduk yang panik me-ngosongkan para-para di Miami apabila mereka bergegas untuk menyimpan stok bekalan bagi segalanya daripada air botol kepada beg pasir sebelum Irma melanda.

Stesen minyak antara Florida Keys dan Miami kehabisan minyak manakala hampir kesemua pasar raya tempatan kehabisan air botol, dan pergaduhan berlaku di kalangan pelanggan di beberapa kedai.

Orang jadi gila dan membeli segalanya,” kata Gladys Bosque, 81, kepada AFP di sebuah pasar raya yang sesak di Miami Beach.

Air tidak ada, susu tidak ada, tin sangat sedikit – dan tiada makanan kucing.”

Gabenor Scott mengaktif-kan 1,000 anggota Pasukan Pengawal Negara dan 6,000 lagi anggota tentera simpanan melapor diri untuk bertugas sebelum pagi Jumaat.

Sebuah kapal pengangkut pesawat AS dengan sebuah hospital lapangan dan pulu-han pesawat yang dapat mengendalikan misi menyelamat atau bekalan sudah siap siaga. — AFP

Advertisement