Anda di sini

DUN Sarawak lancar logo ulang tahun ke-150

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg hari ini melancarkan logo Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sempena ulang tahun ke-150 kewujudannya. 

Logo ulang tahun ke-150 DUN Sarawak menggambarkan bangunan DUN yang mana seni binanya mencerminkan kumpulan etnik utama yang terdapat di negeri ini. 

Sebagai sebuah bangunan Parlimen yang paling indah dan unik di Asia Tenggara, bangunan DUN juga menggambarkan perubahan dan kesinambungan. 

Pelancaran logo DUN hari ini menandakan bermulanya acara sambutan ulang tahun ke-150 DUN Sarawak sejak penubuhannya pada September 1867. 

Sempena dengan sambutan ini juga sembilan acara tonggak dan sembilan acara DUN bersama rakyat telah dirancang yang akan bermula selepas Persidangan DUN November ini hingga tahun depan. 

Turut hadir, Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, menteri-menteri kabinet, ahli-ahli  DUN serta lain-lain. 

Abang Johari melakukan simbolik pelancaran logo ulang tahun ke-150 DUN Sarawak disaksikan yang lain.
Abang Johari melakukan simbolik pelancaran logo ulang tahun ke-150 DUN Sarawak disaksikan yang lain.
Logo ulang tahun ke-150 DUN Sarawak yang dilancarkan hari ini.
Logo ulang tahun ke-150 DUN Sarawak yang dilancarkan hari ini.