Anda di sini

164,000 Rohingya lari ke Bangladesh: PBB

Advertisement

Sejak dua minggu lalu tatkala perang puak militan-tentera Myanmar semakin sengit

 Pelarian Rohingya berjalan di atas laluan berlumpur sementara yang lain menaiki sampan selepas menyeberangi sempadan Myanmar ke Bangladesh di Teknaf, Bangladesh kelmarin. — Gambar Reuters
TERUS MENDERITA: Pelarian Rohingya berjalan di atas laluan berlumpur sementara yang lain menaiki sampan selepas menyeberangi sempadan Myanmar ke Bangladesh di Teknaf, Bangladesh kelmarin. — Gambar Reuters

COX’S BAZAR: Kira-kira 164,000 pelarian yang kebanyakannya berbangsa Rohingya kini sudah memasuki Bangladesh sejak dua minggu lalu untuk lari daripada peperangan antara puak militan dengan tentera Myanmar, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.

Perangkaan terbaharu bermakna lebih sesuku daripada sejuta Muslim Rohingya sudah meninggalkan Myanmar sejak pertempuran meletus Oktober lalu, sekali gus meletakkan Bangladesh di tengah-tengah bencana kemanusiaan yang besar.

Pelarian terbaharu dicetuskan oleh operasi ke-tenteraan ekoran siri serangan berdarah oleh puak militan Rohingya pada 25 Ogos lalu.

Seramai 87,000 pelarian lain sudah lari ke Bangladesh antara Oktober dan 25 Ogos lalu.

Lebih sejuta orang Rohingya di Myanmar dinafikan kerakyatan dan berdepan dengan sekatan serius di negara majoriti penganut Buddha itu, yang telah semakin dikritik berhubung layanan ala aparteid yang ia berikan kepada masyarakat minoriti Islam itu.

Walaupun ramai yang sudah tinggal di sana selama bergenerasi lamanya, mereka dianggap di Myanmar sebagai pendatang tanpa izin dari Bangladesh.

Namun Bangladesh, yang sejak Oktober lalu sudah me-nempatkan kira-kira 400,000 orang Rohingya yang lari dari keganasan pada masa lalu, juga tidak menganggap mereka sebagai warganya, menjadikan mereka komuniti tanpa negara yang terbesar di dunia.

Peperangan di sana merupakan yang paling ganas pernah disaksikan di negeri Rakhine, barat Myanmar, sejak sekian lama.

Wilayah itu, negeri pa-ling mundur di Myanmar, merupakan medan ketega-ngan kaum dan agama di antara penganut Buddha dan orang Islam selama bertahun-tahun.

Myanmar berkata kira-kira 27,000 orang etnik Rakhine yang kebanyakannya penganut Buddha juga sudah lari ke arah bertentangan sejak 25 Ogos lalu, dan menuduh puak militan Rohingya menyerang masyarakat mereka.

Pada awal tahun ini, pe-nyiasat PBB berkata tindakan tentera Myanmar ke atas serangan hendap itu telah melepaskan “kekejaman yang dahsyat” ke atas orang awam Rohingya yang mungkin sama seperti pembersihan etnik.

Kerajaan Myanmar, yang diketuai penerima Hadiah Keamanan Nobel, Aung San Suu Kyi, menolak dakwaan mengenai kekejaman, dan menuduh media antarabangsa, badan bukan kerajaan (NGO) dan PBB mereka-reka cerita.

Kelmarin Suu Kyi berkata simpati global bagi orang Rohingya dijana oleh “aisberg maklumat salah yang begitu besar”.

Kerajaan Myanmar meletakkan kesalahan bagi keganasan yang berlaku di atas bahu puak militan, dan me-nyatakan mereka membakar rumah mereka sendiri.

Dalam perangkaan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa semalam, Myanmar berkata 6,600 rumah orang Rohingya dan 201 rumah bukan orang Islam musnah dibakar sejak 25 Ogos lalu.

Mereka menambah kira-kira 30 orang awam terkorban – tujuh orang Rohingya, tujuh penganut Hindu dan 16 penganut Buddha Rakhine – dalam pertempuran.

Tentera Myanmar sebelum ini menyatakan ia sudah membunuh kira-kira 430 anggota militan Rohingya. — AFP

Advertisement