Anda di sini

Santai Ride Merdeka HMS Lawas terokai keindahan Banjaran Crocker

Advertisement
 Irnal (dua kanan) dan rombongan bergambar berlatar belakang keindahan Banjaran Crocker Sabah.
INDAH: Irnal (dua kanan) dan rombongan bergambar berlatar belakang keindahan Banjaran Crocker Sabah.

PROGRAM Santai Ride Merdeka, Hotel Seri Malaysia (HSM) Lawas satu pendekatan terbaik yang dijalankan organisasi itu untuk meningkatkan motivasi pekerja selepas penat bekerja baru-baru ini.

Aktiviti sempena Hari Kemerdekaan itu dijalankan memberi peluang kepada kakitangan organisasi besar di daerah Lawas itu merasai pengalaman baharu selain menikmati keindahan dan kecantikan Banjaran Crocker Sabah.

Banjaran Crocker Sabah boleh dilihat dengan jelas melalui perjalanan ke daerah Tenom Sabah menunggang motosikal yang mengambil masa perjalanan lebih dua jam melalui Sindumin, Sipitang dan Tenom Sabah.

Pengurus Besar HSM Lawas Irnal Bahrun berkata program itu diadakan kepada kakitangannya untuk memberi pengalaman baharu, sekali gus meningkatkan semangat patriotrik sempena Bulan Kemerdekaan.

Pada masa sama aspek keselamatan semasa menaiki motosikal tetap diutamakan dalam misi menakluki daerah Tenom sambil menikmati keindahan Banjaran Crocker Sabah.

Lebih 10 kakitangan HSM turut menyertai Santai Ride Merdeka, HSM Lawas.

 Rombongan sempat bergambar di daerah Tenom yang terkenal dengan kopi tempatan.
BERSEMANGAT: Rombongan sempat bergambar di daerah Tenom yang terkenal dengan kopi tempatan.
 Rombongan bergambar berhampiran Pos Sindumin/Merapok Lawas.
ABADI KENANGAN: Rombongan bergambar berhampiran Pos Sindumin/Merapok Lawas.
  • oleh
  • Advertisement