Anda di sini

Petani mengaku rogol anak dijel 22 tahun, 20 sebat

Advertisement
 Tertuduh dieskot ke mahkamah, semalam.
DIDAKWA: Tertuduh dieskot ke mahkamah, semalam.

BETONG: Nasib malang anak tunggal yang menjadi mangsa nafsu serakah bapa kandungnya selama tiga tahun terbela selepas Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman penjara 22 tahun dengan 20 sebatan di sini semalam.

Bapa berusia 49 tahun itu mengaku bersalah setelah pertuduhan dibaca hakim yang menetapkan hukuman sebanyak 22 tahun penjara atas lima pertuduhan merogol dengan masing-masing empat sebatan bagi setiap pertuduhan manakala lima tahun penjara bagi kesalahan mencabul.

Hukuman penjara ke atas petani itu dijalan serentak bermula tarikh tangkapan pada 25 Ogos lepas yang mana tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376 B(1) Kanun Keseksaan yang menetapkan penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.

Manakala kesalahan cabul di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan memperuntukkan penjara maksimum sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan.

Kes itu terbongkar apabila mangsa bersuara selepas tiga tahun menyembunyikannya dan terbuka hati bercerita kepada guru ketika sesi kaunseling di sekolah pada 17 Ogos lalu.

Mangsa kini dalam tingkatan tiga mendakwa dirogol bapanya pertama kali di sebuah pondok kebun kelapa sawit di Kampung Empelam, Kabong sejak berusia 12 tahun pada 2014.

Mangsa turut mendedahkan dirogol  bapanya sebanyak tujuh kali sejak itu.

Advertisement