Anda di sini

PEMBELA lapor polis fitnah kerajaan dalang kebakaran

Advertisement

Pemilik akaun FB muat naik video pelbagai tohmahan

 Shamry (depan, tiga kiri) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Tawau terhadap pemilik akaun Facebook Jufazli Shi Ahmad yang memuat naik video mendakwa kononnya kerajaan serta Ketua Menteri Sabah merupakan dalang kepada insiden kebakaran yang sering berlaku di daerah Tawau. — Gambar Bernama
MAHU SIASATAN: Shamry (depan, tiga kiri) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Tawau terhadap pemilik akaun Facebook Jufazli Shi Ahmad yang memuat naik video mendakwa kononnya kerajaan serta Ketua Menteri Sabah merupakan dalang kepada insiden kebakaran yang sering berlaku di daerah Tawau. — Gambar Bernama

TAWAU: Persatuan Belia-belia Tawau (PEMBELA) semalam membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook yang memuat naik video mendakwa kononnya kerajaan dan ketua menteri Sabah merupakan dalang kepada insiden kebakaran yang sering berlaku di daerah Tawau.

Pengerusi PEMBELA, Shamry Mohamad Sani berkata pihaknya mahu polis menyiasat kenyataan pemilik akaun itu yang berunsur fitnah dan boleh menjejaskan reputasi kerajaan dan mampu menggugat ketenteraman awam.

Dia membuat pelbagai tuduhan dan tohmahan yang berbentuk fitnah jenayah terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Ketua Menteri Sabah, tindakan sewajarnya dan tegas harus diambil,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Tawau di sini semalam.

Dalam hal ini Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) juga perlu agresif memantau dan menyiasat sebarang kenyataan fitnah dan mengaibkan,” katanya.

Shamry turut menasihatkan para belia agar berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan tanpa bukti dan fakta yang tepat di media sosial.

Semalam, pemilik akaun FB itu mengeluarkan kenyataan dalam bentuk video berdurasi selama sejam,  mendakwa para pemimpin parlimen Tawau dan agensi kerajaan seperti Majlis Perbandaran Tawau (MPT) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersubahat berhubung insiden kebakaran yang kerap di Tawau. — Bernama

Advertisement