Anda di sini

Kes rogol dan cabul di Limbang, sebutan semula kes November ini

Advertisement

LIMBANG: Mahkamah Majistret di sini pagi tadi menetapkan 20 hingga 24 November ini untuk sebutan semula kes membabitkan lima lelaki atas 22 pertuduhan merogol dan mencabul kehormatan seorang kanak-kanak bawah umur antara Jun hingga November tahun lalu.

Majistret Mohd Hafizi Abdul Halim menetapkan tarikh berkenaan untuk serahan dokumen selepas kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan semula.

Terdahulu, lima lelaki yang memiliki pertalian keluarga dituduh merogol dan mencabul kehormatan mangsa berusia 12 tahun.

Mereka terdiri daripada datuk mangsa berusia 72 tahun, ayah mangsa berusia 40 tahun dan tiga sepupu mangsa berusia antara 16 hingga 21 tahun.

Bapa mangsa dituduh merogol mangsa sebanyak empat kali manakala tertuduh kedua dan ketiga yang juga sepupu mangsa, masing-masing dituduh merogol mangsa sebanyak tiga kali dan empat kali.

Manakala tertuduh kelima iaitu datuk mangsa, dituduh mencabul kehormatan mangsa sebanyak enam kali, manakala seorang lagi sepupu mangsa dituduh mencabul kehormatan mangsa sebanyak empat kali. 

Mengikut kertas pertuduhan, kesemua mereka dituduh merogol dan mencabul kehormatan mangsa di beberapa kawasan berasingan di sebuah kampung di daerah ini antara penghujung November 2016 hingga Jun lalu.

Kemua mereka dituduh mengikut Seksyen 376B, Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan , Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan.
 

Tertuduh diiringi anggota polis menuju ke Mahkamah Majistret Limbang pagi tadi.
Tertuduh diiringi anggota polis menuju ke Mahkamah Majistret Limbang pagi tadi.
  • oleh
  • Advertisement