Anda di sini

Dua lelaki berdepan hukuman gantung

Advertisement
 Fong (kanan) dan Leong didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh Na Kuan Yaw di sebuah Pusat Hiburan Midnight Jalan Austin Height, Taman Mount Austin pada 25 Ogos lalu. — Gambar Bernama
KE MUKA PENGADILAN: Fong (kanan) dan Leong didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh Na Kuan Yaw di sebuah Pusat Hiburan Midnight Jalan Austin Height, Taman Mount Austin pada 25 Ogos lalu. — Gambar Bernama

JOHOR BAHRU: Dua lelaki berdepan hukuman gantung sampai mati apabila didakwa dengan tuduhan membunuh seorang pegawal keselamatan syarikat di Mahkamah Majistret di sini semalam.

Tertuduh Fong Ling Chiow, 20, dan Leong Zhong Hen, 19, bersama tiga lagi suspek yang masih bebas, dituduh membunuh Na Kuan Yaw, 25, di sebuah pusat hiburan di Taman Mount Austin di sini, kira-kira jam 2.30 pagi  pada 25 Ogos lalu.

Kedua-dua tertuduh mengangguk faham apabila pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Alias.

Pendakwaan kes dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati jika disabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 23 Okt ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syafiq Mohd Ghazali manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. — Bernama

Advertisement