Anda di sini

Buruh kasar direman, rogol anak kandung

SARIKEI: Hakim Mahkamah Sesyen Sarikei Maris Agan memerintahkan tahanan reman selama lima hari terhadap seorang buruh kasar yang dipercayai merogol anak kandungnya sendiri.

Perintah tahanan reman tersebut bermula hari ini, 7 September.

Suspek yang berusia 38 tahun ditahan pada petang semalam, setelah mendapat maklumat daripada anaknya sendiri yang dihantar ke Hospital Sarikei oleh warden asrama ke Hospital Sarikei apabila mengadu sakit perut.

Pada masa yang sama, mangsa yang berusia 15 tahun mengadu menjadi mangsa rogol oleh suspek sejak Julai 2017.

Menurut mangsa, kejadian ini berlaku di sebuah rumah panjang di Sungai Bulat, dekat sini.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan.

Suspek dibawa polis ke Mahkamah Sarikei untuk tujuan reman.
Suspek dibawa polis ke Mahkamah Sarikei untuk tujuan reman.