Anda di sini

Buruh dipenjara seminggu, denda RM530,000

Advertisement
 Tan (tengah) dipenjara tujuh hari dan didenda RM530,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, Kuala Terengganu, semalam. — Gambar Bernama
PASRAH: Tan (tengah) dipenjara tujuh hari dan didenda RM530,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, Kuala Terengganu, semalam. — Gambar Bernama

KUALA TERENGGANU: Akibat kesalahan mengangkut pelbagai jenis rokok yang dilarang import, seorang buruh dijatuhi hukuman penjara  tujuh hari dan denda RM530,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Abd Hayyi Salim memerintahkan tertuduh Tan Kok Seng, 53, menjalani hukuman penjara enam bulan lagi jika gagal membayar denda itu.

Tan sebelum itu mengaku salah terhadap pertuduhan mengangkut  2,700 karton rokok jenama John White W3 dan 600 karton rokok John F1 bernilai RM52,800 dengan menggunakan sebuah van di Jalan Kelantan, Kampung Sungai Ikan, Kuala Nerus, pada kira-kira 1 pagi, 13 April lepas.

Kesemua rokok berkenaan adalah barang yang dilarang pengimportannya di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017.

Dia didakwa mengikut Seksyen 135(1)(d) dan 135(1)(e) Akta Kastam 1967, yang membawa hukuman denda sehingga 20 kali nilai barang atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Md Safrizal Mohd Safian daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia manakala tertuduh diwakili peguam Liow Boon Lee. — Bernama

Advertisement