Anda di sini

Pemilik premis perniagaan berterima kasih kepada DBKK

Advertisement

KOTA KINABALU: Sekumpulan pemilik premis perniagaan di sini berterima kasih kepada Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Datuk Yeo Boon Hai atas usaha menyelesaikan isu hak milik strata yang dihadapi mereka selama ini.

Aktivis sosial kanan Robert Foo Vui Tsun yang mengetuai sekumpulan pemilik premis itu berkata, perkara itu diumumkan di pejabat mayor di sini, baru-baru ini.

“Pusat beli-belah Centre Point Sabah telah beroperasi di sini hampir tiga dekad dan baru-baru ini telah meraikan ulang tahun ke-27.

“Oleh itu, para pemilik premis sangat berharap mereka mampu memiliki dokumen hakmilik masing-masing dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau berkata, Yeo sebelum itu telah menyatakan DBKK telah mengambil inisiatif untuk berbincang dengan Jabatan Tanah dan Ukur berhubung perkara itu.

Robert yang juga mantan presiden Persatuan Majlis Persatuan Warga Tua Sabah (COSCA) berkata, Yeo turut menjelaskan bahawa syarikat pemaju Sunyap Development Sdn Bhd telah menghantar permohonan mengenai perkara itu kepada jabatan terbabit sejak Mei 2016.

Advertisement