Anda di sini

HRW dakwa China sabotaj usaha PBB

Advertisement
 Roth ditemu bual menjelang pelancaran laporan baharu oleh NGO tersebut di Geneva, kelmarin. — Gambar AFP
LAPORAN BERANI: Roth ditemu bual menjelang pelancaran laporan baharu oleh NGO tersebut di Geneva, kelmarin. — Gambar AFP

GENEVA: Human Rights Watch semalam menuduh Beijing mensabotaj usaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mempromosikan hak asasi dan mengecam badan dunia kerana sering mengalah kepada desakan China.

“China terlibat dengan PBB dalam hak asasi manusia namun sering dengan matlamat menghalang secara agresif kritikan dan akses kepada aktivis yang bekerja di China,” ketua HRW Kenneth Roth menyatakan dalam satu kenyataan.

Beliau memaklumkan bahawa China bukanlah satu-satunya negara yang melawan dalam pertubuhan dunia itu.

“Namun keanggotaannya dalam Majlis Keselamatan, pengaruh global, dan tindakan tegas terhadap masyarakat awam di negaranya menjadikan ia sebagai model kepercayaan buruk yang mencabar integriti dalam sistem hak asasi PBB,” beliau memberikan amaran.

Komen beliau muncul ketika organisasi melancarkan satu laporan baharu mengandungi usaha China untuk mengasari aktivis bebas, kebanyakan dari China, yang cuba untuk terlibat dalam forum hak asasi manusia PBB.

Pegawai China sebagai contohnya sering merakamkan gambar dan filem bagi aktivis di premis PBB, yang bertentangan dengan peraturan PBB, dan menghalang aktivis China dari pergi ke Majlis Hak Asasi PBB di Geneva, menurut HRW.

Beijing turut menggunakan  pengaruhnya untuk menghalang organisasi bukan kerajaan yang penting  bagi China dari menerima pengiktirafan PBB dan telah  berjaya menyenarai hitamkan  aktivis yang diiktiraf dari mengambil bahagian dalam acara PBB.

Dalam kes yang paling teruk, pihak berkuasa China telah menahan aktivis Cao

Shunli pada 2013 ketika beliau cuba untuk pergi ke Geneva sebelum satu penilaian PBB bagi rekod hak asasi di China.

Beliau telah meninggal dunia ketika dalam tahanan.

Kematian Shunli telah memberikan satu petunjuk kepada sesiapa yang berani untuk melawan Xi Jinping  dan kerajaannya, Roth memberitahu AFP.

Laporan HRW turut menyatakan bahawa PBB sering bertindak mengelakkan tekanan dari China.

Ia menyatakan contoh bagi aktivis terkenal etnik Uyghur Dolkun Isa yang pada April lepas telah dikeluarkan tanpa sebarang penjelasan daripada ibu pejabat PBB di New York, di sebalik telah diiktiraf sepenuhnya untuk terlibat dalam satu forum mengenai isu penduduk asli. — AFP

Advertisement