Anda di sini

HSM Lawas pupuk kesedaran tentang pentingnya derma darah

Advertisement
 Irnal (berdiri tujuh kiri) bersama para penderma pada kempen derma darah, baru-baru ini.
SELAMATKAN NYAWA: Irnal (berdiri tujuh kiri) bersama para penderma pada kempen derma darah, baru-baru ini.

HOTEL Seri Malaysia (HSM) Lawas terus menjalankan tanggungjawab sosialnya dalam memupuk kesedaran mengenai pentingnya menderma darah sempena Bulan Kemerdekaan bagi menyelamatkan nyawa orang yang memerlukan.

Pengurus Besar HSM Lawas Irnal Bahrun berkata, program yang pertama kali diadakan itu bertujuan untuk membantu mengisi tabung darah di hospital daerah  bagi mengelak berlakunya kekurangan bekalan darah.

Program ini adalah salah satu cara sumbangan bakti kepada masyarakat yang dijalankan dari semasa ke semasa pada masa akan datang bagi membantu pihak hospital daerah mengisi kekurangan tabung darah di hospital tersebut,” katanya di Lawas, baru-baru ini.

Katanya lagi, kempen derma darah wajar diadakan secara berterusan dalam menyahut seruan kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang penyayang.

Pada masa sama ia memberi peluang kepada orang awam dan kakitangan HSM Lawas melibatkan diri dalam aktiviti sosial yang memberikan manfaat kepada masyarakat terutama pesakit dalam kecemasan, para penghidap kanser dan  mereka yang menjalani pembedahan.

Pada masa sama ia dapat memupuk nilai murni dalam kalangan masyarakat selain menimbulkan semangat untuk membantu golongan yang memerlukan melalui aktiviti derma darah.

Program derma darah itu mendapat kerjasama daripada Unit Tabung Darah Hospital Besar Daerah Lawas. Seramai 30 penderma termasuk 10 kakitangan HSM menjayakan kempen itu.

Turut sama ialah Pengurus Bahagian Sumber Manusia HSM Lawas Rasyidah Ladang.

  • oleh
  • Advertisement