Anda di sini

Demi Rohingya, BBC Burma berundur dari Myanmar

Advertisement
 Ratusan penduduk Muslim bersolat di hadapan kedutaan Myanmar di tengah Moscow, Rusia semalam tanda sokongan buat Rohingya. — Gambar AFP
TUNTUT KESAKSAMAAN: Ratusan penduduk Muslim bersolat di hadapan kedutaan Myanmar di tengah Moscow, Rusia semalam tanda sokongan buat Rohingya. — Gambar AFP

YANGON: Perkhidmatan bahasa Burma dalam BBC semalam menyatakan  ia telah menarik diri dari satu perjanjian penyiaran dengan rangkaian televisyen terkenal Myanmar memetik alasan penapisan, dengan orang dalam menyatakan para rakan kongsi telah bertelagah mengenai liputan terhadap puak minoriti Islam Rohingya.

Pengumuman itu merupakan pukulan terbaharu bagi kebebasan media yang berkecamuk di negara ini dan satu perubatan yang sangat ketara bagi sebuah organisasi berita yang dikenali memberikan perkembangan terkini bagi pemimpin de facto

Myanmar Aung San Suu Kyi sepanjang beberapa tahun lamanya beliau dalam penahanan di rumah di bawah pemerintahan junta.

Sejak April 2014, BBC Burma menyiarkan satu program berita harian di MNTV dengan seramai 3.7 juta orang penonton setiap hari.

Semalam pihak BBC menyatakan ia telah menamatkan perjanjian selepas MNTV menapis atau menarik balik beberapa program sejak Mac tahun ini.

BBC tidak boleh menerima campur tangan atau penapisan terhadap program BBC oleh  pihak penyiaran TV dengan kerjasama apabila ia bertentangan dengan kepercayaan di antara BBC dan penontonnya,” menurut satu laporan di dalam laman sesawang BBC Burma.

Kenyataan BBC tidak menjelaskan kandungan yang ditapis dan MNTV tiada respons untuk komen lanjut.

Namun seorang pegawai dalam rangkaian tempatan menyatakan mereka menolak penggunaan perkataan ‘Rohingya’ oleh BBC dalam laporan mereka.

Itulah sebab kenapa kami tidak boleh menyiarkan perkhidmatan mereka,” menurut pekerja, yang meminta namanya dirahsiakan.

Rohingya adalah golongan minoriti Islam yang tiada negara di barat Rakhine di Myanmar yang berdepan dengan penindasan  sekatan negara dan telah melarikan diri  sejak beberapa tahun lepas.

Kebanyakan media antarabangsa menggelar mereka sebagai Rohingya kerana komuniti itu telah lama dikenali dengan cara sebegitu.

Namun kerajaan Myanmar dan kebanyakan media tempatan menggelar mereka Benggali, menunjukkan mereka sebagai pendatang haram dari Bangladesh walaupun ramai yang menetap di negara ini sejak beberapa generasi lagi.

Harapan adalah tinggi bahawa kerajaan baharu pimpinan ikon demokrasi Suu Kyi akan membawa kepada satu era untuk kebebasan bersuara ketika mereka merampas kuasa pada tahun lepas selepas separuh abad diperintah oleh tentera.

Suu Kyi telah dikurung selama beberapa tahun di sebuah rumah tepi tasik Yangon di bawah pihak junta namun biasa mendengar World Service dan cawangannya berbahasa Burma melalui radio beliau.

Namun sejak memegang kuasa dalam pilihan  raya sengit, kerajaan diketuai oleh pihak awam sering berbalah dengan pihak media mengenai liputan mereka.

Dakwaan fitnah juga semakin menyasari para satira, aktivis dan wartawan media sosial.

Bahagian utama bagi perbalahan dengan media asing adalah liputan mengenai negeri Rakhine, yang berada di bawah serangan tentera sejak satu kumpulan kecil militan Rohingya  menyerang kubu sempadan polis pada Oktober lepas.

Berpuluh ribu orang penduduk Rohingya telah melarikan diri ke Bangladesh sementara kumpulan pelarian Buddha yang lebih kecil telah menuju ke arah bertentangan.

Pihak PBB mempercayai respon tentera terhadap serangan militan di Rakhine mungkin pembersihan etnik Rohingya.

Kerajaan Suu Kyi telah menafikan laporan mengenai kekejaman, menolak visa bagi pegawai PBB  didakwa  sebagai menyiasat dakwaan tersebut.

Mereka telah kerap kali mengecam liputan media antarabangsa dan menyekat akses media ke wilayah yang dilanda peperangan. — AFP

Advertisement