Anda di sini

Beri mandat kepada BN: Hamisa

Advertisement

Pastikan projek pembangunan dan kemajuan terus dilaksanakan

 Hamisa bersama masyarakat pada Program Jiran Mesra Bersama Masyarakat di Kampung Kuala Merotai Tawau.
BERI MANDAT: Hamisa bersama masyarakat pada Program Jiran Mesra Bersama Masyarakat di Kampung Kuala Merotai Tawau.

TAWAU: Rakyat perlu memberi mandat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) supaya lebih banyak pembangunan dapat dilaksanakan untuk rakyat.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat berkata, kerajaan tidak bermain politik seperti pembangkang yang menabur fitnah, bercakap separuh benar tetapi rakyat tidak mendapat apa-apa.

Katanya, kerajaan BN memerlukan mandat daripada rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi memastikan projek pembangunan dan kemajuan untuk rakyat dapat terus dilaksanakan.

Kerajaan BN mempunyai kemampuan untuk melaksanakan agenda pembangunan negara namun memerlukan sokongan berterusan daripada rakyat untuk merealisasikannya.

Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, kita mempunyai perancangan rapi dan agenda pembangunan yang menyeluruh untuk kebaikan rakyat negeri ini khususnya di daerah Tawau.

Kerajaan BN mempunyai visi besar dan perancangan rapi bagi negara serta rakyat untuk dilaksanakan dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Kami (kerajaan BN) perlu mandat daripada rakyat pada PRU14,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Jiran Mesra Bersama Masyarakat di Kampung Kuala Merotai anjuran Jasa.

Hamisa yang juga ADUN Tanjong Batu berkata, program pembangunan yang dirancang di seluruh kawasan hanya dapat dilaksanakan secara konsisten jika sokongan padu terus diberikan kepada kerajaan BN.

Jelasnya, sokongan padu rakyat khususnya dalam DUN Tanjong Batu menjadi pemangkin kepada kejayaan kerajaan menjadikan negeri dan negara ini maju serta dikenali negara luar.

Dalam pada itu, beliau berkata pelbagai bantuan disediakan kerajaan untuk membantu meringankan beban golongan kurang berkemampuan di negeri ini, termasuk kesihatan dan kebajikan.

Sebagai rakyat, kita perlu berterima kasih dan terus memyokong kerajaan BN. Sesetengah pihak menghasut rakyat dan memburuk-burukkan kerajaan, meskipun kerajaan BN banyak membantu dan mengutamakan kebajikan rakyat khususnya golongan yang kurang berkemampuan.

Rakyat tidak seharusnya mudah terpengaruh dengan dakyah dan tohmahan pembangkang yang menabur pelbagai fitnah serta persepsi negatif melalui media sosial semata-mata untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada,” katanya.

Advertisement