Anda di sini

Korea Utara dakwa miliki bom-H

Advertisement
 Gambar tidak bertarikh serahan KCNA pada 9 Mac, 2016 menunjukkan Kim bertemu saintis dan juruteknik dalam bidang penyelidikan senjata nuklear. — Gambar AFP
TUNJUK KUAT: Gambar tidak bertarikh serahan KCNA pada 9 Mac, 2016 menunjukkan Kim bertemu saintis dan juruteknik dalam bidang penyelidikan senjata nuklear. — Gambar AFP

Kepala bom berkuasa nuklear itu akan dimuat pada ICBM terbaharu

SEOUL: Korea Utara telah membuat kepala bom hidrogen (bom-H) yang dapat dimuatkan pada misil balistik antara benua (ICBM) baharu negara tersebut, media kerajaan mendakwa semalam, sekali gus memburukkan lagi ketegangan yang meruncing b e r h u b u n g p r o g r a m senjatanya.

 Pyongyang yang memiliki senjata nuklear sudah lama mencari kaedah untuk membawa kepala peledak bom atom ke Amerika Syarikat (AS), musuh utamanya yang ketat.

 Persoalan masih wujud mengenai sama ada ia telah berjaya atau tidak mengecilkan senjatanya, dan sama ada ia memiliki bom hidrogen yang berfungsi, tetapi Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) berkata pemimpin Kim Jong- Un sudah memeriksa alat sedemikian di Institut Senjata Nuklear.

 I a a d a l a h “ s e n j a t a termonuklear dengan tenaga letupan yang amat kuat dan dibuat menerusi usaha dan teknologi kita sendiri”, KCNA meme t ik Kim sebagai berkata, dan “semua komponen bom hidrogen adalah 100 peratus dibuat secara domestik”.

 Gambar menunjukkan Kim yang memakai sut hitam memeriksa selongsong logam, dengan bentuk yang sama dengan kulit kacang tanah.

 Korea Utara memburukkan lagi ketegangan pada Julai lalu apabila ia menjalankan dua ujian yang berjaya ke atas satu ICBM, Hwasong-14, yang dipercayai meletakkan kebanyakan kawasan di tanah besar AS dalam julat.

 Sejak itu ia sudah mengugut untuk melepaskan roket ke arah wilayah AS di Guam, dan pada minggu lepas, melepaskan satu mi s i l melintasi ruang udara Jepun yang terjatuh di Lautan Pasifik, kali pertama ia pernah mengakui berbuat demikian.

 Presiden AS Donald Trump sudah memberi amaran kepada Pyongyang bahawa ia berdepan dengan “api dan kemarahan”, dan senjata Washington sudah “dikunci dan diisi”.

 Trump bercakap menerusi telefon dengan Perdana Menter i Jepun Shinzo Abe untuk berbincang mengenai keperluan bagi “memaksimumkan tekanan ke atas Korea Utara” selepas ia mengemukakan “ancaman yang semakin meningkat”, menurut satu kenyataan White House tentang panggilan itu, tanpa menyebut bila ia diadakan.

 Korea Utara sudah berulang kali mendakwa ia memiliki senjata termonuklear, yang boleh jadi lebih kuat berbanding alat nuklear lain.

 Ketika ia menjalankan ujian nuklear keempat, pada Januari 2016, ia menyatakan ia adalah bom hidrogen kecil, tetapi saintis berkata hasil enam kiloton yang dicapai ketika itu terlalu rendah.

 Ketika ia menjalankan ujian kelima, pada September 2016, ia tidak menyatakan ia adalah bom hidrogen.

 Yang Mo o - J in da r i Universiti Kajian Korea Utara di Seoul memberitahu AFP laporan terkini KCNA “membawa mesej strategik” bahawa Pyongyang “akan berusaha untuk mengadakan pertemuan nuklear dengan AS sebagai seteru sama rata”.

 Namun Institut Sains dan Keselamatan Antarabangsa di Washington mengunjurkan langkah berhati-hati dalam reaksi kepada dakwaan terbaharu Korea Utara, dan menyatakan ia harus dilihat sebagai “satu hasrat dan bukan satu realiti”.

 “NK dapat membuat s eba r ang mode l (dua peringkat) bom hidrogen yang diingini dan memanggilnya apa sahaja tetapi itu tidak menjadikannya tulen,” katanya dalam Twitter, dan menambah gambar itu kelihatan seperti model dalam bilik untuk model-model, bukan untuk memunggah alat nuklear ke dalam kenderaan kemasukan semula.

 Benar-benar meletakkan kepala peledak ke atas misil adalah sama seperti cabaran yang signifi kan pada pihak Korea Utara, kerana ia akan menimbulkan risiko bahawa ia sedang menyediakan serangan.

 Kepimpinan Korea Utara berkata pencegah nuklear yang boleh dipercayai amat penting bagi kelangsungan negara, dan mendakwa ia sentiasa diancam oleh AS yang agresif.

 Ia sudah dikenakan tujuh pusingan sekatan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu disebabkan oleh programprogram nuklear an misil balistiknya, tetapi sentiasa menegaskan ia akan terus menjalankannya.

 Ujian nuklear pertamanya adalah pada 2006, dan ujian seterusnya dipercayai untuk memperhalusi reka bentuk dan keupayaan selain meningkatkan keberhasilan.

 Ledakan mutakhir, pada September tahun lepas, terkuat setakat ini, menurut Seoul, dengan hasil 10 kiloton, berbanding bom 15 kiloton AS yang memusnahkan bandar Jepun Hiroshima ketika perang 1945.

 — AFP

Advertisement