Anda di sini

Pengebom nekad sasar polis Algeria

Advertisement

ALGIERS: Seorang pengebom nekad membunuh dua anggota polis Algeria kelmarin, termasuk seorang yang menerkam penyerang sebelum tali pinggang letu-pan diletupkan, kata media kerajaan, dalam serangan pelampau jihad kedua seumpamanya pada tahun ini di negara Afrika Utara itu.

Kumpulan pelampau Negara Islam (IS), dalam satu paparan di laman Telegramnya, berkata “seorang pencari kematian syahid” daripada IS “meledakkan tali pinggang letupannya dekat sebuah ibu pejabat keselamatan Algeria” di Tiaret, menurut pemantau dari Amerika Syarikat, SITE Intelligence Group.

Penyerang cuba memasuki ibu pejabat polis di Tiaret, 350 kilometer ke barat daya Algiers, tetapi dihalang oleh anggota polis, agensi berita rasmi APS melaporkan.

Ia berkata “pengganas” itu membawa senjata selain memakai tali pinggang letupan.

“Anggota polis yang bertugas bertindak dengan cepat, dan salah seorang daripada mereka, dalam satu tindakan berani, menerkam penyerang di pintu masuk ibu pejabat dan kehilangan nyawa” apabila tali pinggang itu meletup, dan membunuh kedua-dua lelaki, kata direktorat kese-lamatan negara, yang dipetik oleh agensi berkenaan.

Seorang lagi anggota polis meninggal dunia akibat luka yang dialami dalam serangan bom itu.

Pada Februari lalu, seorang anggota polis menggagalkan satu cubaan serangan nekad ke atas sebuah balai polis di bandar raya timur Constantine dengan menembak pe-nyerang yang mendekati balai dan meletuskan tali pinggang letupan yang dia pakai.

Serangan itu turut diakui dilakukan oleh IS.

“Kewaspadaan dijangka kurang. Kami dapat merasakan bahawa ini akan berlaku,” kata seorang bekas pegawai khidmat keselamatan, yang enggan dikenali, setelah serangan bom kelmarin.

Dia memberitahu AFP ia mungkin angkara anggota IS di Algeria yang meninggalkan negara di mana pelampau jihad semakin menerima tekanan daripada angkatan tentera.

Rakyat Algeria sebelum ini berharap satu piagam ke-amanan dan perdamaian pada 2005 akan membuka lembaran ke atas perang saudara 1991-2002 di antara golongan Islamis dengan pasukan ke-selamatan yang mengorbankan 200,000 nyawa.

Namun kumpulan Islamis masih aktif di beberapa kawasan terutamanya di selatan dan timur Algeria, keba-nyakannya menyasari polis dan tentera.

Puluhan Islamis bersenjata sudah maut dalam operasi oleh pasukan keselamatan Algeria pada tahun ini.

Pertempuran pasca perang saudara paling berdarah berlaku pada Mac 2013, apabila puak militan yang ada kaitan dengan Al-Qaeda menyerbu loji gas In Amenas di tenggara Algeria, yang mengorbankan 40 tebusan dan 29 penyerang dalam satu operasi menyelamat oleh tentera Algeria. — AFP

Advertisement