Anda di sini

Dua juta jemaah haji berhimpun di Gunung Arafah kelmarin

Advertisement
 Pandangan udara menunjukkan jemaah haji berhimpun di Gunung Arafah, Arab Saudi, untuk kemuncak ibadah haji kelmarin. — Gambar AFP
KEMUNCAK: Pandangan udara menunjukkan jemaah haji berhimpun di Gunung Arafah, Arab Saudi, untuk kemuncak ibadah haji kelmarin. — Gambar AFP

GUNUNG ARAFAH: Dengan tangan yang ditadah ke langit, kira-kira dua juta Muslim berhimpun kelmarin di Gunung Arafah, Arab Saudi, untuk kemuncak ibadah haji, salah satu perhimpunan tahunan terbesar di dunia.

Dengan suhu yang mence-cah 40 darjah Celsius di bawah matahari gurun, jemaah men-daki bukit itu ke timur Mekah di mana Muslim percaya Nabi Muhammad menyampaikan khutbah terakhir baginda kira-kira 14 abad lalu.

Mereka berhimpun untuk berdoa di Jabal al-Rahma, atau Gunung Rahmat, pada hari kedua ibadah haji – ibadah selama lima hari yang semua orang Muslim mesti laksanakan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka jika mereka mampu dari segi fizikal dan kewangan.

Nada dan Fida, dua adik beradik dari Syria, berkata mereka memanjatkan doa untuk negara mereka, di mana lebih 330,000 orang sudah terkorban dan jutaan lagi hidup dalam pelarian sejak perang saudara meletus di sana pada 2011.

“Saya mahu Syria kembali kepada keadaannya dahulu,” kata Nada, 52.

“Dan agar belia kami pulang ke tanah air,” tambah adiknya yang berusia 47 tahun.

Pada waktu senja, laut jemaah haji yang berpakaian serba putih menuruni bukit dan bergerak di Muzdalifa untuk bermalam.

Semalam, mereka bergerak ke Mina sebelum subuh bagi acara simbolik ‘melontar syaitan dengan batu’.

Ibadah haji pada tahun ini menyaksikan kepulangan jemaah haji dari negara musuh utama Arab Saudi, Iran, ekoran perbalahan diplomatik dan rempuhan berdarah pada 2015.

Namun ribuan yang biasa-nya melakukan perjalanan dari negara jiran Qatar tidak ada selain beberapa puluh jemaah disebabkan oleh krisis diplomatik yang menggegarkan rantau Teluk.

“Saya datang ke sini semalam dan berdoa, mengambil gambar dan menelefon keluarga dan rakan saya,” kata Maolana Yahia, 32, yang tiba dari Indonesia.

Ibu tiga anak dari Tunisia Fatima Arfawi berkata dia begitu terharu ketika berdoa di Gunung Arafah.

“Ini adalah kali pertama saya menyaksikan perkara seperti ini dalam hidup saya,” katanya. “Hari ini saya khususnya berdoa untuk tiga anak saya dan keluarga saya.”

Di sebuah hospital di seberang gunung berkenaan, sebuah kawasan disediakan khas untuk orang yang meng-alami penyahhidratan atau keletihan panas.

Persatuan Bulan Sabit Merah Arab Saudi berkata ia mengerahkan 326 ambulans di sepanjang laluan haji untuk menangani kecemasan kesihatan.

“Ada jemaah contohnya lupa untuk melindungi kepala mereka dengan payung ketika mereka bersembahyang,” kata Bandar al-Harthi, seorang jururawat di hospital di depan Gunung Arafah.

Semalam, hari pertama Hari Raya Aidiladha, semua tumpuan diberikan kepada Jambatan Jamarat di Mina, di mana ibadah melontar batu diadakan.

Ia merupakan lokasi bagi rempuhan pada 2015 yang meragut nyawa hampir 2,300 jemaah haji, bencana terburuk dalam sejarah ibadah haji.

Tehran melaporkan jumlah mangsa terbanyak dalam kejadian itu, dengan 464 warga Iran di kalangan mereka yang terkorban.

Pihak berkuasa Iran berkata lebih 86,000 jemaah haji dari Iran mengambil bahagian pada tahun ini, masing-ma-sing dilengkapi gelang pengenalan bagi kemungkinan berlakunya sebarang ke-       malangan. — AFP

Reza, seorang bekas pegawai syarikat minyak berusia 63 tahun dari Iran, berkata dia berbelah bahagi di antara kegembiraan kerana dapat mengambil bahagian, dengan kesedihan yang masih dirasai berhubung rempuhan yang berlaku.

“Mereka sudah mengambil langkah keselamatan yang lebih baik, jika tidak kami tidak akan datang,” katanya.

Arab Saudi berkata ia mengerahkan lebih 100,000 kakitangan keselamatan untuk menjaga keselamatan jemaah haji.

Di kaki Gunung Arafat, perintang mudah alih didirikan untuk mengawal pergerakan jemaah.

Tidak jauh dari perintang tersebut, duduk lapan wanita muda dari Ghana yang mempunyai pertalian kekeluargaan untuk berehat seketika selepas mereka kembali dari Mina.

Berusia antara 18 hingga 30 tahun, bagi sebahagian daripada mereka, ia adalah kali pertama mereka berada jauh dari kampung halaman.

“Ini adalah kali pertama saya meninggalkan Ghana,” kata Khadija, 25 tahun. “Suami saya membenarkan saya datang bersendirian kerana ia adalah Mekah.” — AFP

Advertisement