Anda di sini

Sarawak Paperbeads cipta manik bercorak imej asli etnik Sarawak

Advertisement
 Sharon memperagakan manik kertas.
CANTIK: Sharon memperagakan manik kertas.

SARAWAK Paperbeads telah ditubuh dan diasas Teresa Suli bersama dua rakan kongsi beliau, Adina Sana dan Sharon Frederick juga ahli Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Cawangan Sibu mempunyai minat sangat mendalam bidang kesenian dan kebudayaan masyarakat Iban.

Membuat manik daripada kertas bermula hanya sebagai hobi bagi Teresa dan dengan kretiviti dan pendekatan yang berani.

Beliau mula meneroka corak, memberi nafas dan teknik yang baharu, maka Sarawak Paperbeads telah menjadi satu platform bagi penggiat manik kertas.

Sarawak Paperbeads telah mengeluarkan perbagai koleksi perhiasan yang berasaskan corak masyarakat asli etnik Sarawak.

Semua corak dan reka bentuk perhiasan mereka mengambarkan keceriaan, berwarna-warni, rentak keramaian dan penuh menampilkan segala macam bentuk perasaan.

Kertas digunakan untuk membuat manik bercorak adalah buatan sendiri oleh Teresa.

Hasil kerjasama dengan Adina dan Sharon, jenama Sarawak Paperbeads telah terkenal di kalangan para pelanggannya.

Sebahagian daripada pendorong bagi tiga usahawan wanita ini  kerana membantu mempromosi hasil kraf tangan Sarawak ke persada dunia.

Penampilan pertama khalayak ramai bagi Sarawak Paperbeads ialah pada Pesta Kebudayaan Dayak Borneo (BDCF) di mana koleksi mereka diperagakan oleh peserta akhir Pertandingan Kumang BDCF pada Julai lalu.

Penampilan kedua pula adalah pada majlis M.O Gala Night 2017 di salah sebuah hotel yang terkemuka di Kuching, di mana corak reka bentuk perhiasan terbaharu mereka telah diperagakan.

Ia juga menjadi detik sangat membanggakan untuk Sarawak Paperbeads kerana mereka juga selaku penganjur bersama M.O Couture And Wedding bagi majlis tersebut.

Satu lagi langkah yang jauh bagi mereka selaku penganjur bersama.

Terbaharu, Sarawak Paperbeads membuat satu lagi pertunjukan di sebuah hotel terkemuka di Bintulu seterusnya satu peragaan perhiasan di Kuching sempena pertandingan Miss Ifit Sarawak.

Manik kertas diperbuat daripada kertas adalah sangat popular di luar negara dan Sarawak Paperbeads adalah salah satu bentuk manik perhiasan.

Hanya daripada kertas biasa tetapi Sarawak Paperbeads sebagai pembuat manik perhiasan kertas terkenal di Sarawak telah mampu membuat sesuatu yang biasa kepada yang luar biasa dan sangat unik.

Sarawak Paperbeads dapat dihubungi di talian 013-8242498, 013-5791085 atau 010-4099100 selain boleh dihubungi di laman Facebook sarawakpaperbeards dan Instagram Sarawakpaperbeards.

  • oleh
  • Advertisement