Anda di sini

Puteri Diana terus dikenang

Advertisement
 William dan Harry melihat tanda penghormatan oleh orang ramai untuk ibu mereka di hadapan Istana Kensington di London kelmarin. — Gambar AFP
TERUS DIKENANG: William dan Harry melihat tanda penghormatan oleh orang ramai untuk ibu mereka di hadapan Istana Kensington di London kelmarin. — Gambar AFP

LONDON: Peminat dan rakan Diana, Puteri Wales, memperingati ulang tahun ke-20 kematian beliau semalam manakala orang ramai menyalakan lilin dan memberi penghormatan mereka di lokasi nahas keretanya yang suram.

Anak-anaknya Putera William dan Putera Harry kelmarin menyambut orang ramai yang membawa bunga ke pagar Istana Kensington di London, di mana mereka membesar bersama puteri itu.

Sejurus selepas tengah malam di Paris semalam, beberapa orang menempuh hujan untuk pergi ke tero-wong Pont de l’Alma di mana, tepat dua dekad lalu, keretanya melanggar tiang besar, dan meragut nyawa wanita paling terkenal di dunia.

Seorang lelaki menyalakan beberapa lilin di sekeliling tugu ‘Flame of Liberty’, yang terletak di atas jalan bawah dan menjadi makam bagi puteri itu.

Diana “mencetuskan re-volusi”, kata Sian Croston, seorang pelajar berusia 17 tahun dari London.

“Beliau mengubah kerabat diraja buat selama-lama-nya.

“Beliau akan sentiasa menjadi puteri rakyat,” katanya, menggunakan gelaran yang disebut oleh perdana menteri Tony Blair beberapa jam selepas kematiannya.

Nahas itu berlaku sekitar jam 12.23 pagi pada 31 Ogos 1997.

Diana maut bersama Dodi Fayed, teman lelakinya selama dua bulan yang kaya dan juga merupakan penerbit filem dari Mesir, dan pemandunya yang memandu laju dalam keadaan dipengaruhi arak, Henri Paul, yang cuba mengelak jurugambar paparazi.

Dua puluh tahun kemudian, beberapa puluh jambak bunga dan gambar puteri itu telah diletakkan di tugu ‘Flame of Liberty’ oleh pelawat yang bersimpati.

“Saya masih kanak-kanak ketika beliau mati tetapi saya meneliti biografi beliau,” kata wartawan Jerman Marie Hermann, 25, dari Frankfurt.

“Saya amat menyukai Diana dan komitmen beliau kepada badan kebajikan,” katanya kepada AFP.

Linda Bigelbach, 61, dari Saint Paul di Minnesota, berkata: “Saya ingat hari perkahwinan beliau dan saya ingat hari beliau mati.”

Di London, William dan Harry, masing-masing ber-usia 15 dan 12 tahun ketika ibu mereka mati, memberi penghormatan kepada mendiang ibu mereka kelmarin dan meluangkan masa semalam bersendirian.

Putera-putera tersebut memeriksa puluhan jambak bunga yang ditinggalkan di hadapan Istana Kensington.

Terdahulu mereka me-nempuh hujan lebat untuk melawat White Garden di istana tersebut, yang diwujudkan pada tahun ini untuk memperingati pilihan warna dan stail puteri itu.

Mereka berjumpa dengan wakil dari badan kebajikan yang beliau sokong, termasuk badan yang membantu penghidap AIDS dan kanak-kanak yang memerlukan bantuan.

Harry memberitahu sekumpulan aktivis bahawa kematian ibunya adalah satu tragedi bagi mereka juga.

“Saya dapat bayangkan bagi ramai daripada anda, ia umpama, ‘ya, sekarang kita ada beliau, kita ada kedahagaan, kita mendapat perhatian, sekarang mari kita buat sesuatu’,” kata putera berusia 32 tahun itu.

“Kemudian tiba-tiba beliau dirampas, jika saya dapat menyatakannya (begini), semua kita kehilangan se-seorang.”

Mereka kemudian muncul di pagar istana untuk me-lihat mesej yang menyentuh hati, gambar dan bunga yang ditinggalkan untuk memperingati ibu mereka, mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin kerana datang, dan meletakkan jambak bunga yang diberikan kepada mereka.

Nota tulisan tangan pada jambak bunga menyebut: “Diana, seorang puteri yang berani, anak-anak anda memiliki keberanian anda” dan “negara kami begitu bertuah sekali untuk memiliki anda”.

Puteri itu turut diingati semalam di hospital AIDS Mildmay Mission di London, yang kerap dikunjungi Diana ketika ia sebuah hospis yang menjaga pesakit HIV.

Institusi itu mengadakan acara peringatan dan bekas kakitangan berkongsi memori mereka tentang Diana, selain penari Wayne Sleep yang menjadi terkenal apabila dia membuat per-sembahan bersama puteri itu pada 1985.

Kematiannya yang mengejut pada usia 36 tahun mengejutkan dunia.

Kehidupan rumit Diana – seorang aristokrat remaja yang pemalu dan tiba-tiba menjadi ikon global – dan kematiannya yang tragis masih memukau jutaan manusia di seluruh dunia.

Diana mengahwini Putera Charles, pewaris takhta, pada 1981, tetapi rumah tangga mereka retak di bawah tekanan kewajipan awam dan ketidakserasian mereka.

Beliau dibuang dari kerabat diraja dalam perceraian pada 1996 yang beliau tanpa sengaja cetuskan apabila beliau mendedahkan segalanya dalam satu temu ramah tele-visyen yang sensasi.

Bagaimanapun, bintang monarki itu tidak pudar, reputasi beliau disahkan sebagai ikon fesyen, aktivis amal kebajikan, aktivis kemanusiaan dan “ratu hati”. — AFP

Advertisement