Anda di sini

Faviq akan muncul dengan single ‘10 Days of Summer’

Advertisement
 Faviq yang kini tinggal di Los Angeles dijangka melancarkan albumnya menjelang pertengahan tahun hadapan.
BAKAL MUNCUL DENGAN ALBUM: Faviq yang kini tinggal di Los Angeles dijangka melancarkan albumnya menjelang pertengahan tahun hadapan.

TERKENAL dengan vokal ‘sehalus sutera’, Faviq Awangku, seorang penyanyi dan pemuzik yang berbakat dari Sarawak, kini sedang mengusahakan lagu single pertamanya, yang membayangkan lagu, ‘10 Days of Summer’ adalah prelude kepada sebuah album dalam masa terdekat. Lagu single itu yang memaparkan lirik yang fokus kepada putus cinta adalah satu dendangan klasik dengan sentuhan pop R & B yang moden dan dijangka menjadi hit dalam industri muzik di negara ini.

Dia kini tinggal di Los Angeles, bekerja dengan penerbit rekod dan jurutera audio untuk mencipta lagu-lagu hebat dan bertenaga yang dia amat sukai.

Dengan inspirasi dari pemuzik seperti D’angelo, Musiq Soulchild, Richard Marx, Maxwell, dan Boys 2 Men, Faviq menyelidiki kesenian dan muzik R & B dan Neo Soul yang masih dalam fikirannya pada hari ini apabila dia membuat muzik.

Dia pernah bekerja dengan artis-artis antarabangsa seperti Babyface, penerbit muzik dan artis yang memenangi 11 anugerah Grammy dan pernah bekerja dengan artis-artis seperti Beyoncé, Mariah Carey, Eric Clapton, Carol King dan ramai lagi.

Faviq, yang berbangsa Melayu/Melanau, belajar di Sekolah Rendah St Joseph, dan meneruskan pengajian di Maktab Rendah Sains MARA sehingga beliau tamat SPM.

Beliau menyambung pengajian tinggi di Royal Melbourne Institute of Technology untuk program ‘Foundation’ sebelum mendapatkan ijazah Sarjana Muda dalam Sains Gunaan (Biologi/Bioteknologi).

Faviq menghidupkan semula minatnya yang mendalam terhadap muzik di Australia.

Bersama dengan rakan sekolej, Najwa Mahiaddin, mereka menubuhkan sebuah kumpulan dipanggil Elm Tree dan membuat beberapa persembahan.

Selepas dia kembali ke Malaysia, Faviq bekerja dengan ramai artis Malay­sia yang terkenal seperti biduanita Siti Nurhaliza, Ning Baizura dan Najwa selain ramai lagi.

Dengan hasrat untuk membawa minatnya lebih jauh lagi, beliau memaklumkan kepada keluarganya tentang minatnya yang mendalam dan dengan restu mereka, beliau memulakan fasa baharu dalam hidupnya dan berlepas ke Berklee pada 2014, dengan pengkhususan dalam ‘Performance and Music Business’.

“Berklee mendedahkan saya kepada dunia muzik yang lebih luas. Buat pertama kalinya, saya bersama orang yang mempunyai minat yang sama dan semua orang di sekeliling saya bernafas dan hidup dalam muzik,” kata Faviq.

Dia tertarik sekali dengan ramai pelajar yang berbakat dan berkata komuniti dalam kolej yang mesra banyak membantunya dan ia mempunyai persekitaran yang positif untuk memupuk pemuzik sepertinya.

Mengeluarkan lagu single bukan satu usaha yang mudah terutamanya di Amerika Syarikat, katanya.

Namun beliau yakin ia hanyalah mukadimah kepada penulisan dan nyanyian untuk albumnya yang dijangka dilancarkan menjelang pertengahan tahun depan.

  • oleh
  • Advertisement