KUDAT: Dua kru bot kargo warga tempatan maut man-akala tiga lagi cedera selepas bot dinaiki mereka terbakar dipercayai akibat letupan besar di perairan Kampung Padang, Pulau Banggi, dekat sini kelmarin.
Kedua-dua mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu dikenali sebagai Jafar Janidil, 61, dan rakan sekerjanya Sahlan Ashadan, 27.
Pegawai Perhubungan Awam APMM Kudat LK (M) Wan Isma’aun Wan Hamat berkata tiga lagi mangsa iaitu Azmain Nawali, 45, Mohd Kamarudin Jafar, 26, dan Mo-hamad Nasaruddin Jafar, 10, yang melecur sedang dirawat di Hospital Kudat.
“Kita menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira 7.03 petang daripada orang awam yang melihat bot itu terbakar.
Sejurus, kita mengarahkan dua bot untuk bantuan yang sewajarnya,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Beliau berkata bot kargo yang membawa muatan min-yak petrol sebanyak 10,000 liter itu dalam perjalanan dari Kudat ke Pulau Banggi untuk menghantar minyak bagi kegunaan di pulau berkenaan.
“Apabila sampai di Kam-pung Padang kru bot telah menjalankan proses peminda-han minyak dan semasa proses itu berlaku kejadian letupan besar yang mengakibatkan bot itu terbakar,” katanya.
Katanya, kedua-dua mayat mangsa kini masih di Klinik Kesihatan Karakit, Pulau Banggi untuk urusan doku-mentasi dan akan diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian. — Bernama