Anda di sini

Lebih dua juta mula tunai haji

Advertisement

Jemaah haji dari Iran kembali, Arab Saudi longgar sekatan Qatar

 Jemaah haji bersolat di Masjidil Haram, Mekah kelmarin menjelang bermulanya ibadah haji. — Gambar AFP
BERPUSU-PUSU: Jemaah haji bersolat di Masjidil Haram, Mekah kelmarin menjelang bermulanya ibadah haji. — Gambar AFP

MEKAH: Lebih dua juta Muslim dari seluruh dunia memulakan ibadah haji di tapak paling suci dalam Islam semalam, kewajiban agama dan perjalanan epik pelbagai peringkat.

Tahun ini menyaksikan jemaah haji dari negara Syiah Iran kembali selepas terhenti ekoran perbalahan diplomatik antara republik Islam itu dengan musuh utama Sunnah, Arab Saudi.

Ia juga berlangsung ketika rantau Teluk diselubungi krisis politik dan pelampau kumpulan Islamic State (IS) menerima tekanan di Iraq dan Syria.

Pihak berkuasa Arab Saudi telah menggerakkan sumber yang besar dengan harapan untuk mengelak berulangnya tragedi rempuhan berdarah pada 2015 yang mengorbankan hampir 2,300 orang, termasuk 464 warga Iran.

Riyadh dan Tehran memutuskan hubungan beberapa bulan kemudian, selepas pelaksanaan hukuman mati ke atas seorang ulama Syiah di Arab Saudi mencetuskan serangan ke atas misi diplomatik Arab Saudi di Iran.

Ibadah haji kali ini juga berlangsung di tengah-tengah krisis diplomatik antara blok negara Arab yang diketuai Arab Saudi dengan Qatar, yang dituduh menyokong kumpulan pelampau dan terlalu erat dengan musuh utama Riyadh, Tehran.

Sekatan yang dikenakan ke atas Qatar sejak 5 Jun lalu menyaksikan hubungan laut dan udara ditutup, sekali gus menghalang ramai warga Qatar daripada menunaikan haji, tetapi Riyadh melonggarkan sekatan kemasukan di sempadan daratnya dengan emiriah itu dua minggu sebelum ibadat haji bermula.

Perhimpunan keagamaan besar-besaran itu berlangsung ketika IS menerima tekanan selepas mereka kehilangan beberapa wilayah yang dikuasainya di Iraq dan Syria.

Namun kumpulan itu masih mengaku melancarkan serangan di Timur Tengah dan Eropah.

Pihak berkuasa Arab Saudi berkata mereka bersedia bagi sebarang kemungkinan.

Jurucakap kementerian dalam negeri Jeneral Mansour al-Turki berkata, lebih 100,000 kakitangan keselamatan sudah dikerahkan ke pelbagai tapak di sepanjang laluan haji.

Selepas memakai pakaian haji yang sederhana, jemaah berhimpun di persiaran Masjidil Haram dengan tujuh menaranya.

Di sana, mereka menunaikan upacara berjalan tujuh kali mengelilingi Kaabah, kiub pertukangan batu hitam yang ditutupi kain sutera berat dihiasi sulaman emas ayat-ayat suci al-Quran yang menjadi kiblat umat Islam di seluruh dunia ketika bersolat.

Jemaah haji kemudian menuju ke Mina, lima kilometer ke timur di mana ratusan ribu jemaah akan berhimpun sebelum mereka memulakan perjalanan subuh ini untuk mendaki Gunung Arafah, kemuncak ibadah haji.

Tidjani Traore, perunding perkhidmatan awam dari Benin, berkata dia bersiap sedia untuk ibadah hajinya yang ke-22 pada usia 53 tahun.

Setiap kali, terdapat emosi baharu,” katanya.

Terdapat inovasi baharu bagi menganjurkan dan mengatur jemaah haji.

Sekarang, contohnya, khemah dipasang dengan pendingin hawa.”

Pihak berkuasa Arab Saudi menempatkan kipas yang mengeluarkan kabus di persiaran Masjidil Haram untuk mengurangkan kepanasan.

Sehari sebelum upacara pertama dalam ibadah haji, laluan sesak dan bau kasturi menyelubungi udara.

Jemaah yang duduk di bawah pokok atau jambatan konkrit untuk berteduh, menunggu dengan sabar untuk azan seterusnya.

Jemaah lain meneruskan perjalanan mereka, dilindungi sejadah atau payung kecil yang dipasang pada kepala dengan tali getah.

Beberapa kali sepanjang hari, pasukan pekerja yang diurus dengan baik, kebanyakannya dari Asia, membersih persiaran dengan semburan air.

Apabila masa untuk bersolat tiba, seorang wanita muda duduk di meja dalam kedai aiskrim bersolat, tangannya bersilang di atas lututnya.

Beberapa langkah dari Kaabah, jemaah haji Mesir, Fatiya Taha, tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya.

Tertua dalam kumpulannya pada usia 67 tahun, dia duduk di atas kerusi roda di tapak paling suci Islam.

Saya sudah empat tahun menantikan ibadah haji ini,” katanya. — AFP

Advertisement