Anda di sini

Hargai kemerdekaan dikecapi hasil perjuangan pemimpin terdahulu

Advertisement
 Nizam semasa melancarkan konvoi berkenaan bersama anggota Jabatan Penerangan Tawau.
HARGAI KEMERDEKAAN: Nizam semasa melancarkan konvoi berkenaan bersama anggota Jabatan Penerangan Tawau.

TAWAU: Masyarakat di negeri ini diingatkan agar terus menghargai dan menghayati erti kemerdekaan yang dikecapi sejak 60 tahun yang lalu.

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, rakyat juga perlu bersyukur dengan keamanan dan keharmonian yang dinikmati hari ini hasil perjuangan pemimpin terdahulu.

Katanya, kemerdekaan yang dinikmati pada hari ini adalah hasil kebijaksanaan, perjuangan dan pengorbanan para pemimpin dan pahlawan terdahulu untuk memperjuangkan hak-hak rakyat ketika itu.

Kita harus menyatakan rasa kesyukuran kita kerana kita menjadi warganegara Malaysia yang aman dan makmur, dan kita harus menunjukkan tanda terima kasih,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Konvoi Kembara Merdeka Negaraku anjuran Jabatan Penerangan Tawau di SMK Balung.

Nizam berkata, penganjuran program itu dilihat mampu memberi suntikan semangat dan dorongan kepada masyarakat Malaysia untuk terus cintakan negara dalam mencapai kecemerlangan ke peringkat yang lebih tinggi.

Beliau berharap agar usaha penganjuran program bersifat patriotik seperti itu akan diteruskan kerana ia akan memberikan semangat cintakan negara yang lebih unggul terutamanya kepada generasi muda sebagai penerus dalam menzahirkan Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Katanya, usaha sama itu juga menandakan penglibatan semua pihak selaras dengan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Advertisement