Anda di sini

Gadis Tionghua pukau penonton dengan gerak tarian klasik India

Advertisement
 Tiga genre tari, Bharatanatyam, Odissi dan Kathak yang merupakan kesenian tradisi dan tarian klasik masyarakat India dipersembahkan kepada para penonton pada Program Panggung Seni Tradisional (PSP) Malaysia Tourism Centre (MaTiC) anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) baru-baru ini. Setiap genre tari klasik ini mempunyai cerita dan drama tersendiri serta ditarikan pada ritual keagamaan Hindu. — Gambar Bernama
TARIAN KLASIK: Tiga genre tari, Bharatanatyam, Odissi dan Kathak yang merupakan kesenian tradisi dan tarian klasik masyarakat India dipersembahkan kepada para penonton pada Program Panggung Seni Tradisional (PSP) Malaysia Tourism Centre (MaTiC) anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) baru-baru ini. Setiap genre tari klasik ini mempunyai cerita dan drama tersendiri serta ditarikan pada ritual keagamaan Hindu. — Gambar Bernama

MENGUASAI gerak tari tarian klasik India bukan suatu yang mudah bagi kebanyakan orang, namun perkara itu tidak sukar bagiNg Xinying, 28, yang telah berjinak-jinak dengan seni tari tersebut sejak 10 tahun lepas sehingga berjaya memukau penontondengan persembahannya.

Membuktikan bahawa seni tidak pernah mengenal bangsa, gadis Tionghua kelahiran Johor Bahru itu mencabar diri menguasai tarian klasik yang memerlukan pelbagai ekspresi wajah serta stamina selain menguji koordinasi badan.

Ia sangat mencabar stamina dan dalam masa sama pergerakan badan yang menyeluruh dari atas ke bawah termasuk badan, mata, kepala, leher, jari, tangan dan kaki.

Bahagian paling mencabar ialah untuk menyampaikan cerita dan drama menerusi ekspresi wajah seperti marah, suka dan sedih, untuk jayakan penghayatan watak saya selalunya berlatih di depan cermin,” katanya kepada Bernama selepas menjayakan program Panggung Seni Tradisional 2017; Koleksi Tari Klasik India anjuran Jabatan Kebu-dayaan dan Kesenian Negara, yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Lulusan Sarjana Seni Tari dari Korea National University of Arts ini juga berpendapat keputusannya untuk mendalami seni tari itusecara tidak langsung turut membolehkan beliau menghayati semangat perpaduan 1Malaysia.

Selain menari saya juga banyak belajar tentang budaya dan latar belakang tarian, macam mana nak pakai sari dan juga tentang bahasa sanskrit, tiada rasa kekok malah kita sudah rasa seperti satu keluarga,” kataanak sulung daripada tiga beradik itu yang bernaung di bawah TFA Inner Space Dance Company.

Sementara itu, minat mendalam terhadap tarian purba klasik tersebut mendorong Mohammad Khairi Mokthar, 27, seorang lagi penari di bawah naungan TFA, untuk mendalaminya sehingga pencapaian ‘arangetram’, peringkat teratas dalam pembelajaran seni ‘Bharatanatyam’.

Kongsinya walaupun wujud halangan bahasa, cabaran itu berjaya diatasi dengan keazaman dan minat mendalam selain banyak dibantu tenaga pengajar dan rakan sepasukan.

Kebanyakan lirik dalam bahasa Tamil dan Telugu dan untuk faham bukannya ambil masa sekejap, mula-mula memang hafal sahaja tapi dalam masa sama rakan-rakan juga banyak bantu menjelaskan makna perkataan-perkataan tersebut,” kata anak kelahiran Jelebu, Negeri Sembilan itu.

Mohammad Khairi berpandangan seni tari juga mampu menyemarakkan semangat muhibah dan mencerminkan pelbagai budaya masyarakat Malaysia yang mempunyai penduduk berbilang kaum.

Bagi saya menjadi satu kelainan dan keistimewaan apabilaada kaum Cina dan Melayu yang minat untuk belajar tarian India dan begitu juga sebaliknya, inilah keindahan dan uniknya Malaysia,” katanya.

Berhasrat untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam tarian klasik India dengan generasi muda yang berminat, Mohammad Khairi menanam impian untuk membuka akademi seni tari sendiri sekali gus mengangkat martabat warisan tersebut ke peringkat lebih membanggakan. Bernama

__alt__
  • oleh
  • Advertisement