Anda di sini

Sutra.my dunia di hujung jari

Advertisement
 Menerusi lebih sejuta produk, Sutra.my berintegrasi dengan pelbagai jenis tempahan.
PILIHAN RAMAI: Menerusi lebih sejuta produk, Sutra.my berintegrasi dengan pelbagai jenis tempahan.

KUALA LUMPUR: Ibarat dunia di hujung jari, mereka yang merancang percutian kini akan menjadi lebih mudah dengan melayari Sutra.my. Merupakan portal tempahan pelancongan global, ia menghimpunkan lebih sejuta produk pelancongan dari serata dunia.

Pengarah Urusan Sutra Travel Management Sdn Bhd, Datuk Syed Mohd Razif Al Yahya berkata, portal bertaraf global ini diwujudkan sejak dua tahun lalu, dan sentiasa dikemas kini.

“Ia juga merupakan peneraju pelancongan dalam talian yang pertama di Malaysia yang dimiliki anak tempatan dan kami berkembang pesat di seluruh negara.

“Menerusi lebih sejuta produk, ia berintegrasi dengan pelbagai jenis tempahan termasuk penerbangan, hotel, apartment, pakej melancong, lawatan, sewa kereta sehingga ke bas ekspres.”

“Orang ramai boleh menerokai pilihan pelancongan dan pengembaraan yang menarik. Paling penting, harga yang ditawarkan adalah lebih rendah dan kompetitif berbanding yang lain,” katanya ketika ditemui wartawan Utusan Borneo di Ibu Pejabat Sutra Travel di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jelas beliau lagi, di Sutra.my, pelanggan akan  lebih mudah membuat keputusan untuk mendapatkan tawaran harga terendah untuk tempahan tiket dan hotel. Perbandingan yang diberikan mengikut kehendak pembeli dari tawaran harga hotel bajet hinggalah ke hotel 5 bintang.

“Begitu juga tiket penerbangan antara syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines, Malindo Air, Firefly, AirAsia dan lain-lain lagi.

“Portal ini juga boleh memberikan senarai sesuatu tempahan mengikut pilihan yang ideal seperti harga paling rendah dan ketetapan berdasarkan bajet dan yang paling penting menjimatkan masa kerana anda boleh menempah pelancongan anda bila-bila masa dan di mana sahaja,” katanya.

Pada masa sama juga, portal bertaraf antarabangsa ini turut menyediakan perkhidmatan perlindungan insurans pengembaraan yang boleh didapati secara dalam talian.

Pelanggan boleh memilih untuk menggunakan pelan perlindungan MSIG Takaful bagi memudahkan pengembara membeli insurans untuk perlindungan sepanjang masa melancong ke negara luar.

Bagi yang ingin bercuti, anda boleh menempah percutian anda di http://www.sutra.my/

  • oleh
  • Advertisement