Anda di sini

Terowong di sempadan Mexico-AS terbongkar

Advertisement
 Pegawai polis negeri berkawal di sekeliling gudang di mana pintu masuk terowong penyeludupan manusia ditemui di Tijuana, barat laut Mexico kelmarin. — Gambar AFP
TERBONGKAR JUA: Pegawai polis negeri berkawal di sekeliling gudang di mana pintu masuk terowong penyeludupan manusia ditemui di Tijuana, barat laut Mexico kelmarin. — Gambar AFP

TIJUANA: Pihak berkuasa tentera telah menemui sebuah terowong di bawah sempadan Mexico-AS yang telah digunakan untuk menyeludup pendatang dari bandar Tijuana ke San Diego, California, menurut kerajaan Mexico kelmarin.

Jalan masuk ke bahagian Mexico adalah di dalam sebuah gudang dan jalan keluar adalah hanya di bawah pagar sempadan di San Diego, menurut pihak berkuasa.

Seramai 25 orang pendatang telah ditahan oleh pihak Peronda Sempadan AS ketika mereka keluar dari laluan tersebut, seorang pegawai polis negeri Mexico memberitahu AFP, bercakap dengan syarat dirahsiakan.

Kementerian pertahanan Mexico menyatakan di dalam satu kenyataan bahawa terowong itu dikesan selepas seorang pemberi maklumat menghubungi bagi melaporkan kehadiran lelaki bersenjata di gudang.

Tiada sesiapa yang ditangkap di bahagian sempadan Mexico, meurut pihak polis.

Sejak beberapa tahun ini, pihak berkuasa Mexico telah mengesan beberapa terowong sempadan digunakan bagi menyeludup dadah dan pendatang ke Amerika Syarikat.

Pada Ogos 2016, mereka telah menemui sebuah terowong sepanjang 30 meter dari wilayah Sonora di Mexico ke Arizona.

Pada April,  pihak berkuasa AS telah menemui terowong sempadan paling panjang pernah ditemui, laluan sepanjang 800 meter menghu-bungkan Tijuana ke Otay Mesa, California. — AFP

Advertisement