Anda di sini

Militan hamil dipenjara 90 bulan

Advertisement

Wanita radikal pertama rancang serang istana Presiden Indonesia

 Gambar fail 21 Jun menunjukkan Novi (dua kiri) dibicarakan bersama suaminya Muhammad Nur Solihin (dua kanan) dan rakan tertuduh Ika Puspita Sari (kiri) dan Agus Supriyadi di mahkamah di Jakarta. — Gambar Reuters
DISABITKAN: Gambar fail 21 Jun menunjukkan Novi (dua kiri) dibicarakan bersama suaminya Muhammad Nur Solihin (dua kanan) dan rakan tertuduh Ika Puspita Sari (kiri) dan Agus Supriyadi di mahkamah di Jakarta. — Gambar Reuters

JAKARTA: Seorang wanita tempatan dijatuhkan huku-man penjara tujuh setengah tahun atas penglibatannya dalam rancangan diinspirasikan kumpulan militan Islamic State (IS) untuk melancarkan serangan bom nekad ke atas istana presiden di Jakarta, menurut peguamnya semalam.

Dian Yulia Novi ditangkap di rumah penginapannya bersama tiga kilogram bom yang disimpan dalam periuk tekanan tinggi pada malam sebelum serangan yang dirancang Disember lepas.

Novi, 28, bekas pekerja pendatang yang sedang hamil sembilan bulan, didapati bersalah melakukan tindakan keganasan oleh Mahkamah Daerah Jakarta Timur pada Jumaat lepas, menurut peguamnya.

Hakiim menyatakan apa yang telah dilakukannya bertentangan dengan usaha kerajaan untuk menangani keganasan dan menimbulkan ketegangan umum,” kata peguamnya Kamsi.

Ini kali pertama seorang wanita disabitkan atas satu rancangan bom nekad di Indonesia dan menunjukkan wanita kini mulai memainkan peranan lebih aktif dalam kegiatan ekstremis kejam.

Novi dan suaminya Muhammad Nur Solihin antara lima militan yang ditahan atas serangan yang dirancangkan pada tahun lepas.

Seorang lagi wanita yang dikatakan merekrut Novi, dinamakan sebagai Tutin Sugiarti, dijatuhkan hukuman penjara tiga setengah tahun pada Jumaat lepas, menurut Kamsi.

Pihak polis percaya kumpulan itu ada hubungan rapat dengan Bahrun Naim, militan terkenal Indonesia yang sekarang berperang bersama IS di Syria.

Ramai penduduk Indonesia, yang telah lama berjuang dengan militan Islam, berkumpul menyertai IS di Timur Tengah, sementara pihak radikal di tanah air yang menjanjikan kesetiaan kepada kumpulan itu merancang serangan tempatan.

Kaum wanita Indonesia, sering bersifat radikal dalam media sosial, telah mengambil peranan yang lebih aktif dalam fahaman ekstremis kejam, menurut laporan terbaharu Institut Polisi Analisis Konflik yang berpangkalan di Indonesia.

Kamsi menyatakan hakim-hakim telah mengemukakan keputusan lebih awal daripada yang dijangkakan kerana Novi sedang mengandung.

Dia tidak akan mengemu-kakan rayuan bagi pensabitan dan hukumannya. — AFP

Advertisement