Anda di sini

Menipu, rasuah, 51 didakwa di Vietnam

Advertisement
 Kombinasi gambar menunjukkan (dari kiri) Nguyen Xuan Son, Ha Van Tham dan Pham Chong Danh dalam perbicaraan di Mahkamah Rakyat di Hanoi, semalam. — Gambar AFP
DIDAKWA: Kombinasi gambar menunjukkan (dari kiri) Nguyen Xuan Son, Ha Van Tham dan Pham Chong Danh dalam perbicaraan di Mahkamah Rakyat di Hanoi, semalam. — Gambar AFP

HANOI: Seorang bekas jutawan perbankan dan 50 lagi dibicarakan di Vietnam semalam atas penipuan jutaan dolar di sebuah bank swasta utama, ketika negara komunis ini membanteras kegiatan rasuah dalam sektor tersebut.

Dalam perbicaraan terbaharu, bekas pengerusi Ocean Bank, Ha Van Tham, dituduh meluluskan secara tidak sah beberapa pinjaman bernilai AS$23 juta pada 2012, menyebabkan kejatuhan bank dan kehilangan statusnya sebagai salah seorang lelaki terkaya di negara tersebut.

Tham dan 50 lagi pegawai bank serta ahli perniagaan, kebanyakan daripada mereka bekerja di Ocean Bank, berdepan dengan pelbagai tuduhan berkaitan dengan pinjaman haram dalam perbicaraan selama 20 hari yang telah dimulakan semalam.

Sebahagian tertuduh berdepan dengan hukuman mati, menurut kepada pensabitan yang panjang.

Perbicaraan melibatkan seramai 50 orang peguam bela dan lebih dari 700 orang saksi, serta kali kedua tertuduh telah muncul selepas satu perbicaraan Mac lepas ditangguhkan bagi siasatan selanjutnya.

Tham telah dituduh sebagai meluluskan pinjaman untuk syarikat hartanah Trung Dung tanpa cagaran yang sepatutnya.

Ketua bagi syarikat hartanah, Pham Cong Danh, sekarang dipenjarakan bagi satu pensabitan berasingan melibatkan pengurusan salah ekonomi.

Ocean Group, yang termasuk subsidiari hartanah dan hotel, menikmati peningkatan mendadak selepas diasaskan pada 2007, dan dinilaikan pada AS$500 juta pada 2013 di bawah penyeliaan Tham.

Namun selepas Tham ditangkap pada 2014, kebanyakan cawangan bank ditutup dan State Bank of Vietnam, bank pusat, mengambil alih Ocean Bank dengan nilai sifar.

Ocean Group masih aktif dalam bidang hartanah dan perhotelan serta perkhidmatan, dinilaikan kira-kira AS$3.5 juta pada 2016, menurut laman sesawangnya.

September tahun lepas, 36 bekas pekerja Vietnam Construction Bank dijatuhkan hukuman penjara sehingga 30 tahun selepas dituduh mengeluarkan secara rahsia berjuta-juta dolar daripada akaun pelanggan mereka untuk pinjaman atau simpanan sendiri.

Pada bulan ini Jerman menuduh Vietnam menculik Trinh Xuan Thanh, bekas eksekutif minyak yang dituduh atas kegiatan rasuah, dari sebuah taman di Berlin.

Pihak berkuasa di Vietnam menyatakan dia sendiri menyerah diri kepada polis di Hanoi. — AFP

Advertisement