Anda di sini

Kes guru kultus, suasana tegang di India

Advertisement
 Gambar fail 8 September, 2015 menunjukkan Ram pada sidang akhbar pelancaran runut bunyi filem MSG-2 di Mumbai. — Gambar AFP
BERPENGARUH: Gambar fail 8 September, 2015 menunjukkan Ram pada sidang akhbar pelancaran runut bunyi filem MSG-2 di Mumbai. — Gambar AFP

ROHTAK: Polis di India semalam mengeluarkan arahan untuk menembak penunjuk perasaan yang berada di jalanan menjelang penjatuhan hukuman ke atas guru kultus yang mana pensabitannya dalam kes rogol mencetuskan pertelingkahan berdarah minggu lepas.

Gurmeet Ram Rahim Singh, 50, pada Jumaat didapati bersalah merogol dua wanita dalam kes pada 2002, mencetuskan tunjuk perasaan penyokongnya di beberapa bahagian di utara India.

Sekurang-kurangnya 38 maut dan lebih 200 cedera.

Dalam perkembangan terbaharu, Singh dihukum penjara 10 tahun kerana merogol dua pengikutnya.

Ram Rahim telah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun,” kata peguambela Utsav Singh Bains selepas hukuman diumumkan hakim di Haryana.

Kami telah mengeluarkan arahan tembak jika melihat sesiapa cuba memulakan protes,” kata Ram Niwas, birokrat kanan undang-undang Haryana.

Peguam Singh menyatakan kliennya tidak bersalah dan akan merayu pensabitannya.

Pihak berkuasa menetapkan perintah berkurung di beberapa kawasan di negeri Haryana dan Punjab, manakala ibu negara New Delhi dalam keadaan berjaga-jaga.

Niwas berkata, Singh tidak akan dibawa ke mahkamah untuk mendengar keputusan hakim.

Sebaliknya hakim yang mensabitkannya akan diterbangkan ke penjara di mana dia sedang ditahan di bandar Rohtak.

Penjara itu telah bertukar menjadi kubu, dengan wartawan tidak dibenarkan menghampiri lebih daripada satu batu dan jalanan dilapisi dengan kawat duri.

Perpustakaan di penjara ini telah diubah menjadi bilik mahkamah,” kata pegawai penjara Rajiv Pant.

Kawalan keselamatan turut diperketat di luar ibu pejabat kultus Singh, Dera Sacha Sauda, kompleks 400 hektar di bandar Sirsa di Haryana.

Kerajaan negeri Haryana yang dikawal parti pemerintah Perdana Menteri Narendra Modi, dikecam pembangkang dan mahkamah negeri kerana gagal menghentikan keganasan pada Jumaat.

Singh didakwa selepas surat layang dihantar kepada perdana menteri ketika itu Atal Bihari Vajpayee di mana penulisnya menuduh Singh telah memperkosanya berkali-kali.

Singh terkenal sebagai ‘guru permata’ kerana kostumnya yang bertatahkan permata dan mendakwa mempunyai lebih satu juta pengikut.

Pada 2015, Singh memulakan francais filem menggambarkannya sebagai MSG atau ‘Messenger of God’, membuat keajaiban, berdakyah di hadapan ribuan penonton dan membelasah gengster sambil menyanyi dan menari. — Reuters

Advertisement