Anda di sini

Anggota RELA digesa semai semangat patriotik, cintakan negara

Advertisement
 Juhari melepaskan anggota RELA yang menyertai larian merdeka.
DEMI NEGARA: Juhari melepaskan anggota RELA yang menyertai larian merdeka.

KINABATANGAN: Dalam usaha menyemai semangat patriotik dan cinta akan tanah air, anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan masyarakat berperanan penting menjadikan matlamat itu tercapai, khususnya kepada generasi muda yang masih mentah dalam mengenal erti dan nilai kemerdekaan sebenar.

Penolong Pesuruhjaya Kanan Rela (K) Dato Juhari Janan berkata usaha itu amat penting bagi memastikan kesinambungan kemerdekaan negara mampu dikecapi sampai bila-bila.

Justeru, anggota RELA perlu memainkan peranan itu dan sentiasa menerap semangat patriotik dan cintakan negara pada diri agar generasi muda dalam RELA ini adalah nadi kepada pembangunan masa depan selain jadi pelapis kepimpinan negara,” katanya.

Katanya, menjadi satu kebimbangan jika golongan muda tidak didedah dengan semangat mencintai negara, masa depan kepimpinan negara boleh goyah serta urusan pentadbiran mudah dicampuri pihak luar.

Oleh itu, anggota RELA perlu menyemai sikap patriotik dalam diri masing-masing dan tidak harus meletak tanggungjawab itu kepada pemimpin negara semata-mata,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Kursus Pengenalan RELA Siri 2/2017 Daerah Kinabatangan di Muzium Agop Batu Tulug di sini.

Juhari yang juga Presiden Persatuan Bangsa Sungai Sabah (SABAS) berkata Hari Kemerdekaan negara yang disambut setiap tahun mempunyai kebaikan dan kepentingan tersendiri.

Hari itu merupakan hari kebesaran negara yang perlu disambut serta dihayati rakyat,” katanya.

Beliau menjelaskan pelbagai acara dijalankan untuk menyambut hari ulang tahun kemerdekaan ini seperti mengadakan majlis perarakan atau perbarisan, larian, memasang bendera pada bangunan, kenderaan dan sebagainya seperti yang diadakan juga hari ini oleh RELA Daerah Kinabatangan yang mengadakan larian merdeka.

Oleh itu, sambutan Hari Kemerdekaan seperti ini hendaklah diteruskan agar anggota RELA terutamanya generasi muda menjadi tonggak negara pada masa hadapan mengerti dan menghayati makna kebaikannya,” katanya.

Juhari menggesa pihak RELA meneruskan usaha seperti ini sebagai tanda mencintai negara tanpa perlu menunggu Bulan Kemerdekaan.

Katanya, melalui sambutan Hari Kemerdekaan juga, rakyat dapat menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan negara.

Kita juga memahami dan menghayati pengorbanan serta perjuangan pejuang kemerdekaan negara kita suatu masa dahulu. Mereka sanggup berkorban harta, nyawa dan tenaga. Jasa mereka patut dikenang seperti harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Sebagai rakyat negara ini, kita akan sedar dan berazam untuk mempertahan kemerdekaan negara kita sampai bila-bila,” katanya.

Dalam pada itu, Juhari menggesa anggota RELA perlu meningkatkan prestasi dan imej agar dapat mendorong lebih ramai menyertai pasukan sukarela itu.

Beliau berkata, kualiti anggota RELA penting dalam memastikan usaha itu berjaya melalui cara penampilan diri yang kemas dan berdisiplin.

Kita perlu menarik lebih ramai ahli RELA dan ia lebih mudah direalisasikan sekiranya kita mempamerkan imej yang baik dan menjadi pasukan disegani.

Ketua Perhubungan RELA Mukim (KPRM) dan Ketua Platun pula perlu bersama menjaga platun agar dapat dimantapkan diri dari masa ke masa,” katanya.

Pada masa sama juga, Juhari turut berharap agar anggota RELA yang menyertai kursus dianjurkan agar mempraktik segala pengetahuan yang diperolehi dengan sebaiknya, terutama semasa berkhidmat kepada masyarakat.

Turut hadir sama pada majlis ini, Penolong Pesuruhjaya RELA Daerah Kinabatangan Ismail Talib, Pegawai Penguasa Muzium Agop Batu Tulug Kinabatangan Dominic Linggu dan pegawai kanan RELA.

Advertisement