Anda di sini

5,000 hadir meriahkan konsert #CATSDAYOUT Vol. 6

Advertisement
 Dato Richard Curtis (empat dari kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang hadiah utama cabutan bertuah, Kartini Abdullah.
CABUTAN BERTUAH: Dato Richard Curtis (empat dari kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang hadiah utama cabutan bertuah, Kartini Abdullah.

KUCHING: Kira-kira 5,000 warga bandar raya ini menyaksikan konsert khas #CATSDAYOUT Volume 6 (#CDO V.6) sempena sambutan ulang tahun ke-20 Projek Bandar Samariang yang berlangsung meriah di perkarangan tempat letak kereta Mydin Samariang, malam Sabtu lalu.

Konsert #CDO V.6 sempena itu merupakan kemuncak acara yang berlangsung sepanjang hari, “menghangatkan” bandar Samariang dengan persembahan barisan artis seperti Hazama yang ditunggu-tunggu oleh penonton.

Hazama membawakan empat buah lagu termasuk single terbarunya, ‘Aku Yang Sebenar’ manakala Misha Omar turut memukau penonton dengan kemantapan vokalnya.

Sementara itu, band baru The Doubleshoes dari Kuching, juga menghiburkan pengunjung dengan aksi menarik mereka, manakala kumpulan Floor 88 yang popular dengan lagu ‘Zalikha’ memberikan persembahan yang bertenaga.

Artis-artis lain yang turut membuat persembahan ialah Eleena Harris, Ila Damiaa, Rickie Andrewson, Asyraf Hardy dan kumpulan etnik At Adau. Konsert #CDO V.6 ditaja oleh Projek Bandar Samariang Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat Cahya Mata Sarawak Bhd (CMSB) manakala Hotel Meritin merupakan penaja penginapan rasmi untuk artis.

Pengarah Urusan CMSB, Dato’ Richard Curtis dan CEO CATS FM Haji Mohd Iskandar Mohd Nawawi turut hadir menyaksikan konsert tersebut.

Sementara itu, Kartina Abdullah dari Samariang merupakan pemenang hadiah utama cabutan bertuah iaitu sebuah motosikal Modenas V15.

Untuk info lebih lanjut Konsert #CDO V.6 layari Instagram atau facebook rasmi CATS FM.

 Misha Omar (kanan) bergambar dan bermesra dengan peminat.
RAMAI PEMINAT: Misha Omar (kanan) bergambar dan bermesra dengan peminat.
Advertisement