Anda di sini

Mark Wahlberg aktor dengan bayaran tertinggi

Advertisement
__alt__

AKTOR Mark Wahlberg melonjak ke tempat teratas dalam senarai tahunan majalah Forbes bagi pelakon-pelakon dengan pendapatan tertinggi di dunia yang mengetengahkan ketaksamaan yang sangat ketara di antara bintangbintang lelaki dan wanita di Hollywood.

 Wahlberg, 46 tahun, memperolehi kira-kira AS$68 juta (RM306 juta) pada 2017 hasil pendapatannya untuk fi lem-fi lem ‘Daddy’s Home 2’ dan ‘Transformers: The Last Knight’, menurut ranking Forbes yang dikeluarkan awal minggu ini.

 Penyanyi rap yang menjadi pelakon itu menggantikan tempat pendahulu pada 2016, Dwayne “The Rock” Johnson, yang menduduki tempat kedua, dengan anggaran pendapatan sebanyak AS$65 juta (RM293 juta) pada 2017.

 Forbes menganggarkan pendapatan, sebelum cukai dan bayaran pengurusan, dari fi lem, TV dan pengendosan komersil.

 Senarai Forbes sekali lagi mengetengahkan jurang gaji jantina di Hollywood.

 Pada minggu lepas, majalah itu menamakan pemenang anugerah Oscar bagi fi lem ‘La La Land’, Emma Stone, sebagai aktres berpendapatan tertinggi di dunia dengan anggaran perolehan AS$26 juta (RM117 juta) pada 2017.

 Forbes berkata 10 pelakon lelaki utama dengan pendapatan tertinggi memperolehi jumlah keseluruhan AS$488.5 juta (RM2.2 bilion) sebelum cukai dalam tempoh pendapatan Jun 2016-Jun 2017, hampir tiga kali ganda lebih banyak berbanding AS$172.5 juta (RM776.3 juta) yang diperolehi 10 wanita dengan pendapatan tertinggi.

 Forbes mengaitkan perbezaan itu dengan fi lem blockbuster aksi dan adiwira yang berleluasa dan mengaut keuntungan yang tinggi di box offi ce bagi studio di Hollywood tetapi cenderung untuk tidak memberi watak utama kepada wanita.

 Bintang ‘Pirates of the Caribbean’, Johnny Depp, yang selama bertahuntahun berada dalam kelompok lima pelakon berpendapatan tertinggi, tidak tersenarai dalam kelompok 20 teratas pada tahun ini, kata Forbes.

 Depp kini terbabit dalam satu tuntutan mahkamah yang pahit dengan bekas-bekas pengurus perniagaannya yang telah memperincikan apa yang mereka sebut sebagai tabiatnya yang suka berbelanja sakan.

 Pada Disember lalu, sebelum pengeluaran ‘Pirates of the Caribbean; Dead Men Tell No Tales’ pada Mei 2017, Forbes menamakan Depp sebagai pelakon utama yang menerima pendapatan terlalu tinggi buat tahun kedua berturut-turut selepas fi lem seperti ‘Alice Through the Looking Glass’ dan ‘Mortdecai’ tidak begitu berjaya.

 Tiga bintang terbesar di Bollywood - Shah Rukh Khan (AS$38 juta), Salman Khan (AS$37 juta) dan Akshay Kumar (AS$35.5 juta) - masingmasing menduduki tempat kelapan, kesembilan dan ke-10 dalam senarai Forbes.

 Senarai lengkap dapat dilihat di https://www.forbes. com/sites/natalierobehmed/ 2017/08/22/the-worldshighest- paid-actors-2017- mark-wahlberg-leads-with- 68-million/#134f57793f92

Advertisement