Anda di sini

700 kakitangan meriahkan Karnival Sukan KTS 2017

Advertisement
 Lau (lima kanan), Peter (kanan), Augustine (lima kiri), Swee (enam kiri), Benny (empat kanan), Kueh (tiga kanan), Kevin (dua kanan) dan kenamaan yang lain bersama-sama memecahkan belon sebagai simbolik perasmian Karnival Sukan KTS 2017.
RASMI: Lau (lima kanan), Peter (kanan), Augustine (lima kiri), Swee (enam kiri), Benny (empat kanan), Kueh (tiga kanan), Kevin (dua kanan) dan kenamaan yang lain bersama-sama memecahkan belon sebagai simbolik perasmian Karnival Sukan KTS 2017.

KIRA-kira 700 kakitangan Kumpulan KTS telah memeriahkan Karnival Sukan KTS 2017 yang diadakan di Stadium Tun Zaidi di Sibu, baru-baru ini.

Mereka yang terlibat terdiri daripada kakitangan Kumpulan See Hua Group, KTS Trading Sdn Bhd dan KTS Foodland.

Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat KTS Temenggung Dato Vincent Lau Lee Ming.

 Kumpulan KTS sedaya upaya menarik tali dalam acara pertandingan tarik tali.
TARIK: Kumpulan KTS sedaya upaya menarik tali dalam acara pertandingan tarik tali.

Hadir sama Pengerusi Kumpulan KTS Lau Swee Nguong, Pengurus Besar KTS Trading Sdn Bhd (kewangan dan akaun) Peter Lau, Eksekutif Kanan Kumpulan KTS Kevin Lau, Pengurus KTS Trading Sdn Bhd Cawangan Sibu Benny Lau dan Pengurus See Hua Cawangan Sibu Kueh Nguan Seng.

Acara yang bermula seawal jam 7 pagi itu dimulakan dengan aktiviti senamrobik selama 15 minit sebelum diteruskan dengan acara ‘Fun Run’ sejauh 2x400m, dimulai dengan kategori lelaki dan seterusnya kategori wanita.

Acara program diteruskan dengan pelbagai aktiviti sukaneka yang lain seperti lantar peluru, frisbee, tarik tali, larian berhalangan dan banyak lagi.

Karnival Sukan KTS 2017 yang diadakan setiap tahun bertujuan untuk merapatkan hubungan kakitangan berlainan jabatan dan pangkat serta menggalakkan aktiviti hidup sihat.

 Peserta dari Kumpulan KTS mengangkat baldi yang berisi air dan bola ping pong dalam satu acara sukaneka yang diadakan pada festival itu.
GIGIH: Peserta dari Kumpulan KTS mengangkat baldi yang berisi air dan bola ping pong dalam satu acara sukaneka yang diadakan pada festival itu.
  • oleh
  • Advertisement