Anda di sini

Tujuh individu didenda RM300

Advertisement

LAHAD DATU: Seramai tujuh individu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas kesalahan memandu tanpa lesen.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad berkata kesemua individu itu didakwa mengikut Seksyen 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan dikenakan denda sebanyak RM300 setiap seorang.

Semasa pertuduhan dibacakan kesemuanya mengaku salah dan telah membayar denda sebanyak RM300.

Sehubungan itu, sebanyak 11 waran tangkap baharu telah dimohon atas pelbagai kesalahan trafik yang dikesan,” katanya.

Advertisement