Anda di sini

Hajiji saran masyarakat jalani saringan kesihatan menerusi GSIM

Advertisement
 Hajiji (tiga kiri) menyempurnakan gimik perasmian majlis penutupan konvensyen berkenaan sambil diperhatikan oleh Noraziah (kanan).
BERGERAK CERGAS: Hajiji (tiga kiri) menyempurnakan gimik perasmian majlis penutupan konvensyen berkenaan sambil diperhatikan oleh Noraziah (kanan).

KOTA KINABALU: Masyarakat Tuaran digesa mengambil peluang menjalani saringan kesihatan melalui Pasukan Gerak Sihat Malaysia (GSIM) Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) yang terpilih.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata ia adalah sebagai langkah pencegahan terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD) dalam kalangan masyarakat tempatan.

Untuk makluman semua, NCD seperti darah tinggi dan kencing manis adalah penyakit yang tidak mempunyai tanda-tanda serius di peringkat awal.

Oleh itu Iangkah pencegahan awal sangat penting kerana melalui intervensi faktor risiko, kejadian penyakit ini dapat dikurangkan.

Di kesempatan ini saya mengajak masyarakat bagi lokaliti yang mempunyai program KOSPEN agar merebut peluang menjalani saringan kesihatan melalui GSIM di 27 lokaliti yang terpilih dalam daerah Tuaran kerana saringan kesihatan ini adalah percuma,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Konvensyen Kospen Peringkat Daerah Tuaran di sini pada Rabu.

Menurut Hajiji, konvensyen berkenaan turut meraikan GSIM atas usaha murni mereka menyumbang masa dan tenaga dalam melaksanakan aktiviti kesihatan seperti saringan kesihatan, menggalakkan hidup aktif serta pemakanan sihat di Iokaliti terpilih masing-masing.

GSIM atau sukarelawan KOSPEN adalah ‘functional unit’ dalam kalangan komuniti bagi menggerakkan masyarakat Malaysia ke arah gaya hidup sihat, seterusnya mencegah NCD dan komplikasinya yang tidak terkawal.

GSIM berperanan penting dalam merealisasikan perubahan gaya hidup yang lebih sihat serta berusaha agar amalan gaya hidup yang sihat ini berkekalan dalam komuniti masing-masing.

Semua GSIM akan dilatih oleh pihak kesihatan supaya dapat mengadakan program saringan kesihatan dan aktiviti berasaskan kesihatan di peringkat lokaliti masing-masing,” jelasnya.

Sementara itu, Pegawai Kesihatan Tuaran Dr Noraziah Bakri berkata sejumlah 27 KOSPEN Tuaran telah ditubuhkan sejak empat tahun lalu.

Penubuhan tahun keempat KOSPEN dalam daerah ini menyaksikan peningkatan kemahiran serta kemampuan GSIM dalam menjalankan aktiviti lima skop utama iaitu amalan pemakanan sihat, hidup aktif, pengurusan berat badan, amalan tidak merokok dan saringan kesihatan dalam kampung masing-masing.

Mereka juga berkeupayaan menggerakkan komuniti mereka ke arah gaya hidup sihat seperti mengadakan saringan kesihatan berterusan, menjalankan aktiviti fizikal berjadual secara konsisten, berjalan 10,000 langkah dan aktiviti lain yang kian mendapat tempat di hati masyarakat sekarang ini iaitu mendaki bukit.

Penganjuran KOSPEN Tuaran ini bertujuan menilai pencapaian aktiviti kampung KOSPEN dan seterusnya memberi pengiktirafan kepada yang berjaya mencapai sasaran pelaksanaan program KOSPEN di lokaliti masing-masing,” katanya.

Noraziah berharap melalui konvensyen berkenaan dapat meningkatkan keyakinan ahli KOSPEN dalam memberikan maklumat kepada komuniti berkenaan gaya hidup sihat.

Advertisement