Anda di sini

Calon PT3 dan ibu bapa hadiri Pecutan Akhir PT3

Advertisement
 Sahar bersama calon PT3 SMK Pantai dan ibu bapa yang mengikuti program itu.
BERSEMANGAT: Sahar bersama calon PT3 SMK Pantai dan ibu bapa yang mengikuti program itu.

LABUAN: Seramai hampir 200 calon PT3 dan calon Pendidikan Asas Vokasional (PAV), SMK Pantai IB World School telah mengikuti Program Pecutan Akhir PT3 dan PAV Tahun 2017 di Dewan Gemilang pada Isnin.

Seperti Pecutan Akhir SPM sebelumnya, sekali lagi penceramah undangan khas dari Kuala Lumpur, Hilter Yew mengendalikan program itu.

Kehadiran ibu bapa dan penjaga murid serta pengetua dan guru-guru PT3, dan PAV sekolah ini dalam program berkenaan memberi suntikan semangat untuk pelajar untuk menghadapi PT3 dan PAV.

Kelihatan beberapa pelajar menitiskan air mata ketika program berlangsung kerana mereka amat terharu dengan dengan kehadiran ibu bapa dan penjaga.

Mereka terharu kerana merasai dihargai dan pengorbanan besar ibu bapa dalam usaha memanfaatkan ilmu yang dipelajari dengan bimbingan para ibu bapa.

Sementara itu, Pengetua SMK Pantai IB World School Sahar Misron berkata sekolah itu menyasarkan 55.55 peratus pelajar lulus PT3 dan PAV serta gred purata sekolah di bawah 3.0.

Beliau melahirkan rasa gembira dengan kehadiran ramai ibu bapa dan guru-guru dalam Program Pecutan Akhir PT3 dan PAV kali ini.

Kehadiran ibu bapa terutamanya memberi keyakinan kepada pelajar untuk melonjakkan kecemerlangan prestasi mereka dalam Pentaksiran PT3 dan PAV akan diadakan pada Oktober nanti.

Selain Pentaksiran PT3 dan PAV, pelajar juga akan ditafsir melalui pentaksiran ‘Middle Years Programme: International Baccalaureate’ (MYP iB) dan akan diberikan sijil khas,” katanya.

Advertisement