Anda di sini

22 kereta rosak musnah terbakar

Advertisement
 Kereta yang musnah dalam kebakaran di bengkel kereta di Inanam.
TERBAKAR: Kereta yang musnah dalam kebakaran di bengkel kereta di Inanam.

KOTA KINABALU: Sejumlah 22 kenderaan rosak yang disimpan di sebuah bengkel di Inanam, musnah dalam kebakaran pada pagi Selasa.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Khatizah Rahaban berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 11 pagi.

Katanya, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dengan 13 anggota bantuan dari BBP Kota Kinabalu digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi pemadaman.

Sebaik tiba jam 11.14 pagi, api sudah memusnahkan longgokan bahan buangan berhampiran bengkel terbabit dan 22 kereta turut musnah dalam kebakaran berkenaan.

Anggota bomba kemudiannya melakukan operasi pemadaman menggunakan sumber air dari empat jentera bomba bagi mengelak api merebak ke kawasan lebih besar,” katanya.

Beliau berkata kebakaran berjaya dikawal pada jam 11.24 pagi dan luas keseluruhan yang terjejas adalah 18x50 kaki persegi.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu dan pihaknya masih menyiasat punca kebakaran serta jumlah keseluruhan kerugian.

Advertisement