Anda di sini

Lelaki gagal bayar denda RM7,000 diperintah hukuman penjara

Advertisement

SIBU: Seorang lelaki berusia 29 tahun gagal membayar denda RM7,000 diperintahkan hukuman penjara 15 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kelmarin setelah didapati melakukan dua kesalahan berasingan.

Dalam kesalahan pertama, Awang Omar Awang Ismail mengaku bersalah atas pertuduhan boleh dihukum di bawah Peraturan 25 (1) (n) Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Justeru, beliau didenda sejumlah RM3,500 dan penjara lima bulan.

Tuduhan dikehendaki menyatakan Awang Omar gagal menunjukkan dokumen pengenalan kebenaran semasa pemeriksaan polis di Balai Polis Sentral Sibu, Jalan Kampung Nyabor kira-kira jam 2 petang pada 12 Ogos.

Di bawah peraturan ini, seseorang pesalah boleh disabitkan sehingga penjara tiga tahun atau denda tidak lebih daripada RM20,000 atau kedua-duanya.

Dalam pertuduhan berasingan, beliau didenda sejumlah RM3,500 dan jika gagal membayarnya dikenakan tujuh bulan penjara kerana didapati menggunakan dadah.

Di samping itu, beliau turut diperintahkan menjalani pengawasan selama dua tahun.

Beliau didapati melakukan kesalahan di tempat yang sama kira-kira jam 3.40 petang, pada 10 Julai 2015 dan didakwa di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam pada itu, Awang Omar turut merayu untuk menjalani hukuman denda sahaja.

Bagaimanapun, beliau diperintahkan menjalani hukuman penjara selepas gagal membayar kedua-duanya.

Advertisement