Anda di sini

Kembara solo bermotosikal takluki Borneo

Advertisement
 Irnal (depan kiri) dan kakitangan HSM bergambar bersama         Rahim setibanya di Lawas baru-baru ini.
SELAMAT DATANG: Irnal (depan kiri) dan kakitangan HSM bergambar bersama Rahim setibanya di Lawas baru-baru ini.

HANYA bertemankan motosikal Denmark Superclub 90 CC dan beberapa Jalur Gemilang, pesara tentera Rahim Yusof, 67, dari Sabah, mempunyai semangat yang tinggi untuk menakluki Borneo.

Berpengalaman luas dalam aktiviti kembara solo bermotosikal, beliau tekad untuk menakluki bumi Kenyalang dalam misinya meneruskan pengembaraan bermotosikal ke Sarawak.

Kejayaan mengelilingi negeri di bawah bayu tahun lepas membuktikan usia tidak pernah menjadi penghalang untuknya melakukan perkara yang diminati.

Dikenali sebagai seorang yang tidak lokek dengan senyuman dan peramah, Rahim begitu dekat di hati penduduk Sabah.

Walaupun berjaya menakluki pelosok negeri Sabah, Rahim tetap bersemangat untuk menakluki negeri Sarawak selain meneruskan cita-citanya untuk menakluki Semenanjung Malaysia tahun hadapan.

Perjalanan pulang Rahim selepas mengembara di Sarawak disambut mesra Pengurus Besar HSM Lawas Irnal Bahrun dan kakitangannya baru-baru ini.

Irnal turut gembira kerana HSM menjadi antara venue utama dalam kembara pulang Rahim ke Sabah.

Menurut Irnal kesungguhan Rahim perlu menjadi tauladan kepada orang lain untuk meneruskan cita-cita selain menimba pengalaman baharu ke negeri orang.

  • oleh
  • Advertisement