Anda di sini

Pengukuhan pasaran modal penting bagi sasaran ekonomi asean AS$5.2 Trilion

Advertisement

KUALA LUMPUR: Mengukuhkan pasaran modal adalah usaha penting bagi ASEAN untuk menjadi ekonomi bernilai AS$5.2 trilion (AS$1=RM4.29) menjelang 2025 dan menampung permintaan prasarana, kata Rakan Kongsi Senior McKinsey & Company, Joydeep Sengupta.

Pembangunan pasaran modal penting bagi menyokong pengembangan ekonomi ASEAN daripada AS$2.6 trilion kepada AS$5.2 trilion menjelang 2025, dan menampung pelaburan prasarana tahunan berjumlah AS$160 bilion.

Kira-kira 90 peratus pembangunan prasarana ASEAN dibiayai oleh sektor awam menerusi hasil cukai dan pinjaman daripada institusi pembangunan.

Sumbangan pasaran modal amat kecil pada masa ini bagi pembiayaan prasarana sektor awam dan juga swasta,” katanya.

Joydeep, yang juga Rakan Pengurusan Asia-Pacific Banking Practice, berkata demikian pada Siri Persidangan Meja Bulat ASEAN mengenai ‘Pengukuhan Pasaran Modal di ASEAN: Peluang dan Cabaran’ di sini, semalam.

Beliau berkata daripada jurang AS$100 bilion dalam jumlah pelaburan prasarana di ASEAN, sektor awam boleh menyambung antara AS$30 bilion dan AS$40 bilion, dan perlu meningkatkan dengan lebih banyak lagi pelaburan daripada AS$5 bilion-AS$10 bilion kepada AS$50-60 bilion, dengan gabungan baik pembiayaan bank dan pasaran modal.

Joydeep mencadangkan pendekatan berkembar keputusan dasar yang berjujukan dan pelaksanaannya menerusi program serantau bagi mempercepatkan pengukuhan pasaran modal di ASEAN. 

Bagi dasar-dasar asas, beliau berkata peningkatkan mudah tunai dalam sekuriti kerajaan dalam seluruh tempoh boleh menjadi penetapan harga rujukan efektif bagi bon korporat.

Ini boleh dicapai menerusi pembukaan semula terbitan, menyediakan program dealership utama yang menarik dan prasarana pasaran sekunder yang kukuh, antara lainnya,” katanya. 

Mengenai kerangka dan reka bentuk pasaran, beliau berkata kerajaan juga akan menimbang menghapuskan dasar cukai yang membantutkan pembangunan, seperti cukai berganda dan duti setem tinggi, dan menawarkan insentif cukai bagi menggalakkan pembangunan aset keutamaan seperti prasarana.  — Bernama

Advertisement