Anda di sini

Latihan bersama tentera AS-Korea Selatan dilancarkan

Advertisement
 Pesawat U-2 Dragon Lady Tentera Udara AS menyertai satu operasi latihan di Pangkalan Udara Osan di Pyeongtaek, Korea Selatan semalam. — Gambar Reuters
SATU PROVOKASI: Pesawat U-2 Dragon Lady Tentera Udara AS menyertai satu operasi latihan di Pangkalan Udara Osan di Pyeongtaek, Korea Selatan semalam. — Gambar Reuters

SEOUL: Seoul dan Washington memulakan permainan perang tahunan mereka semalam, dengan Presiden Korea Selatan Moon Jae-In memberikan amaran kepada pihak Utara yang bersenjatakan nuklear agar tidak menggunakan mereka sebagai satu alasan bagi mereka untuk menambahkan lagi ketegangan.

Berpuluh ribu orang anggota tentera Korea Selatan dan AS telah mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan bersama ‘Ulchi Freedom Guardian’, satu latihan yang kebanyakan disimulasi oleh komputer mana berlaku selama dua minggu di Selatan.

Latihan tahunan telah dianggap oleh Pyongyang yang bersenjata nuklear sebagai satu latihan yang sangat memprovokasi bagi penaklukan, dan ia sering menuju mereka dengan ugutan  bagi sati serangan balas tentera yang kuat.

Hanya beberapa minggu lepas ia menyatakan ia telah menmpertimbangkan bagi   melepaskan beberapa das tembakan misil ke arah wilayah Guam di Pasifik AS.

Moon menyatakan latihan adalah bersifat pertahanan sepenuhnya dan memberikan amaran Pyongyang ia tidak seharusnya menggunakan ia sebagai satu alasan bagi melancarkan  provokasi yang akan menjadikan situasi bertambah buruk.

Korea Utara harus memahami provokasinya yang berulang-ulang adalah apa yang memaksa pihak Korea Selatan dan AS untuk melakukan latihan pertahanan bersama ini, yang sebaliknya, memastikan kitaran kejam berlaku,” Moon memberitahu dalam satu mesyuarat Kabinet.

Pada minggu lepas pemimpin Kim Jong-Un telah menangguhkan rancangan serangan Guam, namun memberikan amaran ia akan meneruskan bergantung kepada tindakan seterusnya dari Washington.

Ketika pakatan mendesak untuk meneruskan dengan latihan yang bermula sejak 1976, kira-kira 17,500 anggota tentera AS akan terlibat dalam latihan itu, jumlah rendah berbanding tahun lepas.

Laporan media Korea Selatan telah menyatakan AS sedang mempertimbangkan untuk membatalkan satu rancangan untuk membawa masuk dua buah kapal pengangkut pesawat ke semenanjung tersebut.

Ketua US Pacific Command laksamana Harry Harris  telah tiba di Selatan kelmarin bagi memeriksa latihan itu dan membincangkan tentang ancaman  peluru berpandu misil Korea Utara.

Pada petang bagi latihan UFG, Korea Utara menyatakan AS sedang mengapi-apikan keadaan.

Dalam sati komentari yang terdapat dalam akhbar rasmi Rodong Sinmun,pihak Utara telah memberikan amaran mengenai satu fasa tidak terkawal bagi satu perang nuklear di semenanjung, yang akan membabitkan tanah besar AS. –— AFP

Advertisement