Anda di sini

DTTG kembangkan sayap ke Miri dengan penubuhan cawangan keempat

Advertisement
 Dr Teo (tengah), Philip (lima kanan) dan Willie (empat kanan)  bersama tetamu dan ahli jawatankuasa DTTG Miri memotong kek  sempena majlis pelancaran DTTG Miri di Gua Long House, baru-baru ini.
RASMI: Dr Teo (tengah), Philip (lima kanan) dan Willie (empat kanan) bersama tetamu dan ahli jawatankuasa DTTG Miri memotong kek sempena majlis pelancaran DTTG Miri di Gua Long House, baru-baru ini.

KUMPULAN Pemikir Dayak atau Dayak Think-Tank Group (DTTG) kini mengembangkan lagi sayapnya ke Miri dengan penubuhan cawangannya yang keempat di negeri ini, pada minggu lepas.

Penubuhan persatuan itu telah diadakan dengan pusat peranginan Gua Long House Resort pada hujung minggu lalu, di Miri dan dihadiri oleh ahli-ahli DTTG Cawangan Miri serta cawangan Bintulu.

Ditubuhkan seawal Januari 2015 oleh pengasasnya Willie Henry Majang, DTTG telah mengorak langkah membentuk satu perubahan paradigma di kalangan ahli dan kaum Dayak amnya. 

Perkongsian minda di antara ahli memberikan satu nafas baharu dalam ekspresi pendapat, kritikan dan ulasan yang diberikan berkaitan dengan pembangunan sosioekonomi, politik dan modal insan masyarakat Dayak. 

Menurut naib pengerusinya, Philip Asry, yang mewakili pengerusinya, DTTG amnya, menjadi platform golongan intelektual dan profesional Dayak untuk membincangkan isu-isu semasa, mendalami segala bentuk kepincangan sosial, ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan politik masyarakat Dayak.

Ia seterusnya menyampaikan usul menterjemahkan perbincangan mereka melalui media massa dan media sosial supaya diberi perhatian dan tindakan oleh pihak berwajib,” katanya lagi.

Menurut Philip, menyedari kepentingan pembangunan modal insan, DTTG dengan kerjasama daripada ahli seluruh Sarawak, Semenanjung Malaysia dan luar negara sering kali memberikan bantuan, dengan menghulurkan sumbangan bagi meringankan bebanan pelajar-pelajar Dayak yang memerlukan dan memberi sokongan moral kepada mereka.

Dalam ucapannya pada majlis pelancaran tersebut Philip memberitahu selain itu, DTTG juga memberikan khidmat sosial yang konsisten dalam membantu masyarakat Dayak menerusi program kebajikan dan CSR, merupakan antara visi dan misi berterusan mereka.

Sementara itu, pada bulan Februari 2017, DTTG berjaya melancarkan cawangannya yang pertama di Bintulu, yang merangkumi bahagian Bintulu, Bakun serta Belaga. Ini diikuti oleh DTTG cawangan Kuching pada April lepas yang merangkumi Bahagian Kuching-Kota Samarahan.

Pada bulan Jun lalu, DTTG mencatat satu lagi sejarah apabila cawangan Betong ditubuhkan dan diterajui seorang wanita,

Bulan Ogos disambut dengan penuh bergaya apabila Cawangan Miri dirasmikan pada tanggal 12 Ogos oleh Ahli Parlimen Miri, Dr Micheal Teo.

Cawangan Miri diketuai oleh Elias Lipi Mat selaku pengerusi, Philip Asry sebagai naib pengerusi, Patricia Davies sebagai setiausaha, Donny Don sebagai bendahari dibantu oleh Wellson Agan, Peter Saba sebagai ketua publisiti, Rockey Gasan selaku ketua biro kebajikan, Bangga Kedit sebagai ketua jawatankuasa kecil, dibantu oleh Awell Mujah, manakala Christina pula dilantik menerajui Sayap Wanita.

Sementara itu, Willie yang turut hadir pada majlis pelancaran DTTG Miri, berharap pada masa akan datang DTTG akan terus berjalan seiringan dengan NGO lain bagi memperjuangkan nasib anak bangsa khususnya masyarakat Dayak.

Kita mahu memastikan agar masyarakat Dayak boleh membangun seiringan dengan kaum lain di negeri ini dan negara ini, serta tidak lagi terpinggir dari arus permodenan semasa khususnya di kawasan luar bandar,” katanya.

 Willie (lapan kanan) dan Philip (sembilan kanan) bergambar  bersama ahli-ahli DTTG Miri pada majlis pelancarannya baru-baru ini.
BERSATU: Willie (lapan kanan) dan Philip (sembilan kanan) bergambar bersama ahli-ahli DTTG Miri pada majlis pelancarannya baru-baru ini.
  • oleh
  • Advertisement