Anda di sini

Sepanyol syak serangan mungkin lebih besar

Advertisement
 Pegawai polis autonomi Catalonia yang dikenali sebagai Mosso d’Esquadra, menahan seorang suspek yang bergari di Ripoll semasa penggeledahan berkaitan serangan pengganas di Barcelona dan Cambrils kelmarin. — Gambar AFP
DICEKUP: Pegawai polis autonomi Catalonia yang dikenali sebagai Mosso d’Esquadra, menahan seorang suspek yang bergari di Ripoll semasa penggeledahan berkaitan serangan pengganas di Barcelona dan Cambrils kelmarin. — Gambar AFP

Suspek terus diburu ketika operasi polis bongkar pembuatan bom kenderaan dengan tong gas

BARCELONA: Polis Sepanyol meluaskan pemburuan semalam bagi seorang warga Maghribi yang dipercayai antara dalang serangan berkembar di Barcelona dan Cambrils yang meragut 14 nyawa dan mencederakan kira-kira 100 yang lain.

 Tatkala negara masih terkejut selepas pertumpahan darah yang menyaksikan dua lelaki melanggar orang ramai dengan kenderaan, Madrid mempertimbang tahap amaran terorisme ke peringkat maksimum di destinasi pelancongan ketiga utama dunia itu.

 Tatkala penyiasat giat mengenal pasti rangkaian di sebalik pembunuhan kejam itu, polis kini memburu Younes Abouyaaqoub, 22, tanpa mengesahkan laporan bahawa dia memandu van yang merempuh orang ramai di Barcelona pada Khamis lalu.

 Sejumlah 13 maut di tempat kejadian dan puluhan lagi cedera dalam kengerian yang disaksikan rakan dan ahli keluarga mangsa yang ketakutan, di mana penduduk tempatan dan pelancong meletakkan bunga, lilin dan anak patung beruang di tempat kejadian bagi memperingati mereka.

 Penyiasat sementara itu cuba merungkai sel teroris sekurang-kurangnya 12 pemuda, ada di antaranya masih remaja, di sebalik serangan di Barcelona dan kes kedua dengan sebuah kereta di bandar tepi pantai Cambrils.

 Seorang wanita maut dan enam lagi cedera di Cambrils, dengan lima suspek teroris di dalam kereta tersebut kesemuanya mati ditembak pol i s dan empa t l agi ditahan.

 Serangan di Barcelona telah diakui oleh kumpulan Islamic State (IS).

 Polis juga telah mengenal pasti tiga lagi suspek yang ada kaitan dengan serangan itu, dua daripadanya dipercayai mati dalam letupan pada malam Rabu ketika mereka cuba membuat bom di sebuah rumah di bandar Alcanar, 200 kilometer selatan Barcelona.

 P o l i s S e p a n y o l memaklumkan rakan mereka di Perancis mengenai van putih yang ada kaitan dengan serangan tersebut yang disyaki sudah menyeberangi sempadan, kata sumber polis Perancis.

 Polis di Catalonia berkata, tiga suspek yang ditembak mati di Cambrils adalah warga Maghribi Moussa Oukabir, 17; Said Aallaa, 18; dan Mohamed Hychami, 24.

 Abang Moussa, Driss, adalah antara empat yang ditahan.

 Ke t i k a d i t emu i d i MAGHRIBI, bapa mereka Said jelas terkejut dan menahan sebak setelah diberitahu mengenai perkara tersebut ketika menghadiri majlis perkahwinan dan dikelilingi sanak saudara.

 “Kami terkejut dan amat kecewa,” katanya sambil menjelaskan bahawa Moussa belajar secara normal di sekolah manakala Driss bekerja dengan jujur.

 “Saya berharap mereka akan menyatakan anak saya tidak bersalah.

 “Saya tdak mahu kehilangan kedua-dua anak saya,” tambahnya.

 Polis berkata, mereka percaya suspek merancang serangan yang lebih besar, kemungkinan dengan bom kenderaan, melibatkan tong gas.

 Tetapi mujurlah mereka telah membuat kesilapan dan secara tidak sengaja meledakkan bom tersebut pada Rabu.

 Pasukan keselamatan telah mengeluarkan puluhan tong gas dari rumah tersebut di Alcanar, menurut jurugambar AFP di tempat kejadian.

 “Me r e k a memb u a t per sediaan untuk sat u atau beberapa serangan di Barcelona, dan satu letupan di Alcanar menghalangnya kerana mereka tiada lagi bahan yang diperlukan untuk melancarkan serangan yang lebih besar,” kata pegawai polis Catalonia Josep Lluis Trapero.

 Antara yang mati dan cedera dalam serangan pertama diakui IS di Sepanyol itu adalah rakyat dari 36 negara termasuk Algeria, Australia, China, Perancis, Ireland, Peru dan Venezuela, menurut pihak berkuasa.

 Kerajaan Catalonia berkata, tujuh mangsa telah dikenal pasti iaitu lima warga tempatan, seorang warga Itali dan seorang rakyat Portugis.

 Sejumlah 49 lagi masih terlantar di hospital, 15 daripadanya kini dalam keadaan kritikal, menurut kementerian dalam negeri Catalonia.

 — AFP

Advertisement