Anda di sini

Pegawai Venezuela serbu rumah bekas peguam negara

Advertisement
 Pegawai badan perisikan SEBIN dilihat berkawal di luar rumah Ortega di Caracas, Venezuela kelmarin. — Gambar AFP
SERBU: Pegawai badan perisikan SEBIN dilihat berkawal di luar rumah Ortega di Caracas, Venezuela kelmarin. — Gambar AFP

CARACAS: Pegawai perisi-kan Venezuela kelmarin menyerbu rumah bekas pe-guam negara, yang dipecat pada bulan ini setelah beliau tidak menyokong Presiden Nicolas Maduro, manakala penggantinya menuntut penangkapan suaminya, seorang penggubal undang-undang. 

Empat motosikal dan tujuh kereta peronda milik badan perisikan SEBIN kelihatan di luar rumah bekas peguam negara itu, Luisa Ortega, di Caracas, kata wartawan AFP.

Buat masa sekarang, SEBIN sedang memeriksa rumah saya untuk membalas dendam oleh kerajaan ini kerana perjuangan saya menentang totalitarianis-me,” tulis Ortega dalam Twitter.

Beliau tidak menyebut di mana beliau dan suaminya berada.

Ortega dipecat dua minggu lalu sebagai tindakan pertama dewan tertinggi baharu yang setia kepada Maduro yang telah mula mematahkan penentangan dan mengekang pembangkang, yang menguasai dewan perundangan. 

Pada awal kelmarin, penggantinya, Tarek William Saab, berkata beliau telah meminta pegawai untuk menangkap suami Ortega, German Ferrer, seorang penggubal undang-undang yang dahulu setia tetapi sudah berpisah dari Parti Sosialis yang memerintah negara.

Pertuduhan “tidak ada kaitan dengan” pendirian politik Ferrer atau Ortega, kata Saab.

Beliau menuduh Ferrer sebagai sebahagian daripada rangkaian yang cuba memeras wang daripada ahli perniagaan yang ada kaitan dengan sektor minyak yang amat penting di Venezuela, dengan janji untuk melindungi mereka daripada pendakwaan atas dakwaan rasuah sebagai balasan bagi wang.

Keputusan mengenai sama ada untuk memberi waran tangkap atau tidak terhadap Ferrer – yang mempunyai kekebalan parlimen – bergantung dengan mahkamah agung Venezuela, yang setakat ini memihak kepada Maduro secara sistematik.

Ortega sejak beberapa minggu lalu menuduh Maduro menaruh “cita-cita diktator”.

Beliau memberontak terhadap pentadbirannya pada April lalu apabila mahkamah agung cuba – sebelum menukar haluan – untuk mengambil alih kuasa Dewan Perundangan Negara.

Kritikan semakin tajam apabila Maduro kemudian berusaha untuk mewujudkan Dewan Pengundi, yang penuh dengan penyokongnya.

Kebanyakan negara utama di benua Amerika, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Brazil, Argentina, Mexico dan Chile menolak Dewan Pengundi sebagai haram dan alat untuk melemahkan demo-krasi Venezuela. — AFP

Advertisement