Anda di sini

Jurutera, juruteknik kanan HDC direman tujuh hari

Advertisement

KUCHING: Seorang jurutera dan juruteknik kanan Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC) direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kegagalan kontraktor menjalankan kerja-kerja mengecat dan membaikpulih rumah pangsa di Permyjaya, Miri.

Suspek berusia 59 dan 39 tahun itu dihadapkan di hadapan Majistret Zaiton Annuar bagi membolehkan permohonan perintah dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Permohonan reman dilakukan oleh pegawai pendakwa SPRM, Mohd Ikhwan Ibrahim.

Juruteknik kanan berusia 59 tahun dan jurutera, 39 tahun itu ditahan antara jam 12 tengah hari hingga 1.20 tengah hari pada Khamis lepas.

Mereka antara empat individu yang ditahan berkaitan dengan laporan yang dibangkitkan Laporan Ketua Audit Negara 2016.

Dua lagi suspek yang ditahan berhubung kes adalah kontraktor utama dan subkontraktor yang dilantik menjalankan kerja tersebut.

Kontraktor utama akan direman sebaik sahaja kembali daripada menunaikan haji sementara subkontraktor akan dibawa ke mahkamah di Sibu untuk permohonan reman.

 Kedua-dua kakitangan HDC terbabit direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.
DIREMAN: Kedua-dua kakitangan HDC terbabit direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.
  • oleh
  • Advertisement